PAS Bagi Siapa Saja Masuk Dalam ‘Rumah, Tapi Jangan Buat Kacau

8-copy

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, bahawa pintu rumah PAS sentiasa terbuka luas untuk sesiapa sahaja yang mahu masuk… Tetapi dengan syarat, jangan buat kacau dan timbulkan kekecohan dalam rumah PAS.

Maksud tersirat yang dibawa Hadi adalah PAS bersedia untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana parti terutama sekali pembangkang. Ini termasuklah perbincangan mahu mewujudkan pertembungan satu lawan satu.

Akan tetapi, hanya dengan syarat jangan buat kacau atau timbulkan sebarang persengketaan atau masalah kepada PAS. Jika hal itu berlaku, maka PAS akan melupakan hasrat untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru bersama pembangkang dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Hadi berkata demikian ketika sidang media bersama pemberita di lobi parlimen… PAS tak mahu pembangkang kacau dalam rumah mereka. Mahu atau tidak, pembangkang harus hormat keputusan PAS.

Perkara ini dijelaskan susulan daripada kenyataan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang mendakwa bahawa PAS bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang dikehendaki pembangkang sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

Kenyataan Mursyidul AM PAS itu mungkin memberi sedikit sinar kepada pembangkang… Namun semua itu berdasarkan budi bicara pembangkang jugak. Kalau pembangkang masih lagi kurang ajar dan menindas PAS. Maka PAS tidak akan teragak-agak untuk bertindak dan menjauhi pembangkang. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s