PAN Masih Belum Putus Asa Untuk Pujuk Pas Sertai Bersih 5

6-copy

Haishhhhh… Tak habis-habis lagi dengan episod memujuk PAS untuk sertai himpunan Bersih 5 ni… Dah naik bosan Gomez dengan Pakatan Harapan ni! Kejap kata tak terkesan kalau PAS tak sertai Bersih 5… Tapi kenapa hingga sekarang masih memujuk PAS, walaupun dorang tahu yang PAS tak akan sertai himpunan tersebut?

Parti Amanah negara (PAN) yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan, tak terjejas jika PAS tak sertai Bersih 5… Kini kembali memujuk PAS, haha! Kelakar betul dorang ni.

Tapi kali ni cara pujuknya lain sikit sebab PAN cabar PAS untuk sertai himpunan Bersih jika mereka serius mahu menjalinkan hubungan dengan parti pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Pengerusi PAN Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa ‘cabaran’ tersebut dibuat kepada PAS selepas parti Islam itu menolak untuk menyertainya sebelum ini. Kononnya kalau PAS betul nak jalinkan hubungan dengan pembangkang, maka Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin perlu arahkan ahli parti di semua peringkat hadir pada 19 November nanti, di Dataran Merdeka.

Elehhh… Padahal himpunan Bersih tu dah nampak tak dapat sambutan sebab tu dorang terdesak sangat pujuk PAS. Konon bagi alasan nak hilangkan persepsi PAS tak serius untuk kerjasama dengan pembangkang.

PAS hanya cakap bersetuju untuk adakan konsep satu lawan satu… Tapi takde pulak cakap nak kerjasama dan sertai Bersih. PAS hanya mahu bekerjasama soal pentadbiran je… Dan kerjasama tak akan berlaku jika berlaku campur tangan pihak luar mengenai akidah dan agama Islam.

Sementara itu, PAN mendakwa bahawa PASs sebenarnya takut kalah dan tewas di Kelantan disebabkan penolakan rakyat dan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355. Kononnya sebab tu PAS bersetuju untuk konsep satu lawan satu.

Eshhh, tak sedar diri PAN ni… Dah la nak harapkan pertolongan PAS… Dah tu sempat lagi dok kutuk dan mempertikaikan pentadbiran PAS. Memang patut pun Bersih tak dapat sokongan dari PAS. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s