Kerajaan DAP Rosakkan P.Pinang Dengan Pembangunan Rakus

2-copy

Setiausaha Organisasi Nasional Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak menjelaskan, sebelum tahun 2008 iaitu semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN), masalah banjir hanyalah isu sampingan. Tetapi apa sudah berlaku sekarang?

Semenjak DAP memerintah masalah banjir semakin teruk dan tiada sebarang tindakan mewujudkan tebatan banjir dilakukan oleh mereka.

Walaupun kejadian banjir kilat semakin kritikal di P.Pinang, DAP masih lagi berterusan menyalahkan kerajaan pusat tanpa mahu mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang sedang dihadapai oleh rakyat.

Walhal rakyat P.Pinang sememangnya sedar bahawa banjir yang berlaku, adalah hasil kerakusan kerajaan DAP sendiri yang begitu ghairah meraih keuntungan tanpa mengira kebajikan rakyat.

Menurut Rahmad, antara faktor besar yang menyumbang kepada masalah banjir serta tanah runtuh di P.Pinang ialah, pembangunan serta penebangan pokok dilereng bukit yang diluluskan oleh kerajaan DAP sendiri.

Dimanakah kawasan hijau, kawasan tadahan air, kawasan pertanian dan juga hutan simpanan yang sebelum ini dikekalkan sebagai kawasan luar zon pembangunan? Semuanya sudah hilang diwaktu DAP memerintah.

Jika Guan Eng dan DAP sebelum ini sering mengutuk dan mengeji kerajaan BN P.Pinang, kini mereka terpaksa menelan kembali ludah mereka kerana BN terbukti lebih baik dari mereka didalam soal menjaga alam sekitar.

Sebab itulah dizaman pemerintahan BN dahulu, sangat kurang terjadinya banjir kilat mahupun tanah runtuh di negeri ini. Berbanding dengan DAP, ia umpama langit dan bumi.

Kini seluruh negara melihat Kerajaan DAP pimpinan Guan Eng di P.Pinang hanya sebuah kerajaan yang retorik serta hanya pandai berpolitik sahaja. Kebajikan rakyat langsung tak dijaga dan rakyat terpaksa merana akibat sikap tamak mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s