Impian Mukhriz Untuk ‘Naik Pangkat’ Akhirnya Tercapai

1a-copy

Gomez tahu memang dah lama sangat Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dok mengidam untuk ‘naik pangkat’… Sejak dalam UMNO lagi Mukhriz memang bermimpi untuk memegang jawatan teratas di dalam parti.

Kini semua angan-angan dan impian Mukhriz tu menjadi kenyataan… Masakan tidak… Mukhriz semalam telah dilantik menjadi Timbalan Presiden bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Kalau sebelum ini Mukhriz hanya Naib Presiden PPBM…. Tapi kini dia dah naik pangkat jadi Timbalan Presiden pula.

‘Kenaikan pangkat’ tersebut diumumkan bersama senarai ahli majlis kepimpinan tertinggi parti tersebut… Majlis tersebut berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam. Sementara itu jawatan Presiden PPBM pula disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Nampaknya bukan sahaja impian Mukhriz yang jadi kenyataan… Tapi impian Muhyiddin untuk jadi presiden juga menjadi kenyataan… Tapi presiden PPBM jela bukan presiden UMNO okey! Kedua-dua mereka ni sebelum ini memang dah meroyan sangat dah nak duduk atas.

Nah, sekarang ni korang berdua dah duduk atas… Jadi boleh la laksanakan, konon apa yang korang bakal laksanakan jika memegang jawatan tertinggi. Boleh la tunjuk kuasa korang pada rakyat kat negara ni.

Buktikan kata-kata korang yang kononnya negara mampu bangun dan rakyat tidak akan hidup tersiksa jika kerajaan jatuh ke tangan mereka. Buktikan kepada rakyat bahawa korang mampu kuasai dan memerintah kerajaan.

Namun apa yang penting… Buktikan bahawa korang mampu kalahkan UMNO, lantas merampas kerajaan dari tangan Barisan Nasional (BN). Dah kata kuat sangat kan… Kita tunggu jela pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. Mampu ke tak korang kalahkan UMNO dan BN.

Jangan bagi malu PPBM sudah la… Sebab apa yang Gomez tengok sekarang ni, persepakatan antara pembangkang pun korang tak mampu capai kata sepakat… Inikan pula nak memerintah negara.. Hahaha! Rasanya Mukhriz dan Muhyiddin hanya layak memerintah negara dalam mimpi jela. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s