DAP Kecewa Media Dan Pemimpin BN Cari Gaduh Isu Banjir

7

Dalam satu kenyataan media, kerajaan DAP P.Pinang mendakwa media dan NGO pro BN sengaja memperbesarkan isu banjir sehingga menimbulkan kebencian rakyat pada mereka.

Exco Kerja Raya DAP P.Pinang, Lim Hock Seng turut mengatakan bahawa negeri P.Pinang lebih baik dari Kelantan jika dilihat dari aspek pengurusan banjir.

Apa yang kerajaan DAP ni cuba sembunyikan? Seluruh rakyat P.Pinang sudah maklum dengan banjir kilat yang melanda negeri akibat dari pembangunan rakus yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Kenapa DAP masih mahu menafikan dan menyalahkan pihak lain seperti media dan NGO? Apakah memang kerajaan DAP P.Pinang jenis yang tidak berani menerima kesalahan sendiri?

Selain dari menyalahkan pihak media dan NGO, kerajaan pimpinan Lim Guan Eng juga menyalahkan kerajaan Pusat dan juga Tuhan!

Mana tidaknya, Exco Kerja Raya DAP dengan tanpa rasa bersalah menunding jari kepada jumlah hujan yang didakwanya terlampau banyak sehingga memenuhi seluruh parit di negeri P.Pinang.

Apakah kerajaan DAP mahu mengatakan Tuhan pun bersekongkol dengan kerajaan BN apabila menurunkan hujan lebat di P.Pinang? Jika tidak, mengapa mereka salahkan jumlah hujan?

Sepatutnya kerajaan DAP P.Pinang mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat, bukannya sibuk menyalahkan orang lain diatas kelemahan pentadbiran sendiri.

Rakyat P.Pinang sendiri pasti malu mempunyai kerajaan negeri yang hanya tahu berkokok tetapi tak mampu mendatangkan sebarang hasil kepada negeri.

Jika kerajaan DAP hanya mahu menunding jari menyalahkan pihak lain dan juga mencari salah orang bagi menutup kelemahan sendiri, di PRU 14 nanti eloklah DAP menjadi pembangkang di P.Pinang!

Apa guna mempunyai kuasa pentadbiran jika satu kerja apa pun tak tahu buat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s