Bersih Dakwa PRU14 Bakal Jadi Pilihan Raya Paling Tidak Adil Di Dunia

2a-copy

Sebelum ini usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan usaha menjahanamkan UMNO menjadi agenda utama perjuangan kumpulan Bersih. Tapi kini setelah usaha mereka itu tidak mendapat sambutan… Dakyah mereka beralih pula kepada menuntut proses pilihan raya yang telus.

Apa yang Gomez hairan… Tiap kali Barisan Nasional (BN) menang mesti pembangkang dan NGO-NGO pro pembangkang menuduh yang pilihan raya tak telus. Tapi bila pembangkang yang menang, takde pulak dorang nak kecoh… Senyap sepi je!

Adakah jika pembangkang menang baru kumpulan Bersih ni dakwa sistem pilihan raya di Malaysia telus dan bersih?? Sekarang ni BN dan UMNO menjadi kerajaan… Jadi, pembangkang tuduh yang pilihan raya selama ini tidak bersih.

Malah mereka juga cuba menghasut rakyat dengan mendakwa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, bakal menjadi pilihan raya yang paling tidak telus di dunia. Tuduhan tersebut dibuat hanya kerana mahu menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

Bukan itu sahaja, tuduhan puak Bersih ini semakin melampaui batas apabila menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini tidak lagi memegang prinsip satu orang satu undi. Hahaa… Entah kerja gila apa yang Bersih buat ni??

Sejak bila SPR tidak lagi amalkan prinsip satu orang satu undi?? Setahu Gomez, isu tersebut tak pernah timbul… Mana ada orang undi dua kali.. Hahaha! Nampak sangat yang Bersih ni saja nak racun pemikiran rakyat agar beranggapan buruk terhadap SPR.

Tindakan mereka menyebarkan cerita palsu ini jelas hanya untuk menarik minat orang ramai agar menyertai himpunan Bersih 5 yang bakal diadakan kelak. Nak tuntut kerajaan yang bersih kononnya…. Tuntut pilihanraya yang telus la sangat kan.

Padahal kerajaan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang tu bergelumang dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa…. Gomez rasa kumpulan Bersih ni patut tampung kain koyak pembangkang dulu, sebelum nak sibuk hal kain orang lain. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s