Anak Tiri Najib Razak Bebas Dari Siasatan Polis

4a-copy

Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz kini disahkan bebas dari sebarang siasatan oleh pihak polis di Malaysia. Hal ini kerana pihak Putrajaya mendapati beliau langsung tidak terlibat dengan sebarang kes rasuah dalam negara ini seperti yang didakwa pembangkang.

Bukan itu sahaja, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim juga turut mendedahkan bahawa Riza langsung tiada kena mengena dengan siasatan yang melibatkan syarikat milik negara 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dengan pendedahan tersebut, harap selepas ini dapat la tutup segala mulut-mulut longkang yang menuduh kononnya Riza ni terlibat dengan rasuah dan termasuk dalam siasatan rasuah.

Untuk apa perlu dipanggil oleh pihak berkuasa sebagai siasatan seperti yang dituntut pembangkang, jika Riza sama sekali tidak terlibat dengan kegiatan rasuah?? Adakah hanya kerana pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertindak keatas 1MDB, jadi Riza yang takde kena mengena ini juga terpalit??

Pada bulan Julai yang lalu, Jabatan Kehakiman AS (DoJ) memfailkan saman merampas aset yang dikaitkan dengan 1MDB. Ia juga turut dikaitkan dengan dana yang kononnya disalahgunakan oleh syarikat Riza.

Bagaimana rakyat Malaysia dan pembangkang boleh menuduh bahawa dana Malaysia hilang?? Bagaimana maklumat negara boleh bocor ke pengetahuan orang asing?? Dan kalau betul dana rakyat hilang… Biar DoJ yang buktikan sebab dorang yang buat pertuduhan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah buktikan bahawa tuduhan tersebut tidak benar… Sama ada pihak pembangkang mahu terima hakikat atau tidak bahawa mereka sebenarnya menipu… Itu terpulang. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s