Ahli PPBM Tak Puas Hati Dengan Perlantikan Rashid

6a-copy

Ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hakikatnya tidak berpuas hati dengan perlantikan naib presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Bahkan mereka menganggap bahawa Rashid langsung tidak layak untuk menyandang jawatan tersebut.

Datuk Seri Zaienal Abidin Omar menyuarakan rasa tidak puas hati tersebut… Sebaliknya ujar beliau, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan jauh lebih layak untuk memegang jawatan tersebut.

Berbeza dengan Khairuddin… Apa je pengorbanan yang pernah dilakukan oleh bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu terhadap geng PPBM sebelum parti itu ditubuhkan.

Tidak seperti Khairuddin yang acap kali mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diserang. Muka-muka baru seperti Rashid ni dianggap seperti bisu dan tidak ikhlas untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Zaienal sangat sedih dan kecewa dengan perlantikan tersebut… Malah langsung tak bersetuju dan tidak berpuas hati! Katanya Rashid langsung tak pernah bermati-matian menentang pentadbiran Najib sebab tu dia tak layak.

Rashid dianggap seperti pengecut dan hanya menumpang kejayaan penubuhan PPBM. Sebab tu la Zaienal sarankan Khairuddin lebih layak kerana tak pernah putus-putus membantu menjayakan PPBM dan kroni mereka.

Haaaahhh… Dah jelas kenapa Khairuddin angkat kaki dan berambus dari PPBM… Rupa-rupanya sebab perkara ni la! Sebab Khairuddin tak dapat jawatan dalam PPBM… Selama ini dok bersusah payah pertahankan Mahathir tapi senang-senang je jawatan bagi kat orang lain.

Ini kes merajuk kerana diabaikan la… Sedangkan Syed Saddiq yang baru je terjebak dengan Mahathir dan PPBM boleh dapat jawatan Pemuda. Inikan pulak Khairuddin yang setengah mati jadi kuli dorang tapi tak dapat apa. Patut la dia merajuk. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s