Urat Tangan Khai Bahar Jadi Pujaan Peminat

18cf3c24-8702-4415-8233-71e9b009f7d0

Dah lama Miss tak dengar cerita pasal penyanyi Khai Bahar.. Sebelum ni penyanyi yang popular menerusi aplikasi Smule ini, pernah dihimpit dengan kontroversi panas di mana tak tahu hormat dan sombong dengan seorang penyanyi yang lebih senior daripadanya..

Itu lah yang bikin penyanyi senior tersebut bengang dengan Khai, sampai meluahkan perasaan marahnya di laman sosial Facebook.. Macam mana pun Khai dah minta maaf, walaupun merasakan dia tak ada melakukan apa-apa kesalahan pun..

Apa-apa jer lah Khai oii, lagipun perkara tu dah lama.. Cer u’olls tengok gambar ni, inilah yang dikatakan peminat tegar.. Sampaikan urat tangan Khai pun menjadi pujaan! Hahaha.. Apa lah yang istimewa sangat dengan urat tangan Khai tu yer??

Miss tengok tak ada yang istimewa pun.. Tak ada lah pulak urat tangan Khai lain daripada orang lain.. Nak kata urat tangan Khai ada berbentuk ‘love’, tak ada pulak Miss nampak timbul bentuk ‘love’ kat tangan Khai.. Macam-macam betul ragam peminat noh.. Sampaikan urat tangan pun boleh jadi pujaan peminat..

Miss ingatkan setakat muka atau bentuk badan seseorang retis jer yang akan menjadi pujaan peminat, rupa-rupanya sampaikan urat tangan pun jadi pujaan dorang.. Ini betul-betul fanatik ni! Gadis ni kalau bertemu dengan Khai depan-depan, Miss rasa benda pertama yang dia belek, mesti urat tangan Khai.. Hahaha.. Pelik-pelik peminat sekarang!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s