Song Joong Ki Akan Kembali Bersama Running Man

Berita pasal Kang Gary akan tinggalkan program realiti ‘Running Man’ masih lagi hangat diperkatakan sehingga sekarang.. Ramai peminat masih tak dapat menerima kenyataan tersebut.. Tanggal 31 Oktober adalah hari terakhir Gary bersama program realiti hiburan tersebut..

Miss dengar ahli Running Man yang lain agak beremosi bila bersama Gary untuk kali terakhir.. Biasalah dorang dah bersama bukannya dalam tempoh yang pendek, bertahun-tahun dorang menjayakan program realiti hiburan tersebut bersama hingga dikenali serata dunia..

Terbaru, Miss dengar bekas ahli Running Man, Song Joong Ki bakal kembali dalam Running Man untuk mengisi kekosongan tempat Gary.. U’olls pun tahu kan, Joong Ki merupakan salah seorang ahli Running Man sejak program realiti hiburan tu ditayangkan pada tahun 2010..

Tapi Joong Ki membuat keputusan untuk meninggalkan Running Man kerana ingin fokus kepada kerjaya lakonannya dan menjalani khidmat tentera selama dua tahun.. Ada yang mendakwa team produksi ingin menarik kembali Joong Ki untuk meningkatkan rating Running Man..

Tanpa Gary, team produksi takut rating program realiti hiburan tersebut akan menurun.. Macam mana pun, kesahihan Joong Ki akan kembali dalam Running Man belum pasti lagi.. Bukan senang nak minta Joong Ki kembali, dia kan sibuk dengan lakonannya..

Team produksi program realiti hiburan tersebut pun belum ada mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menggantikan Gary.. Jadi, u’olls tunggu dan lihat jer lah siapa bakal pengganti Gary.. Ataupun tempat Gary akan dibiarkan kosong jer.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s