Rakyat Kedah Sudah Lupakan Mukhriz Mahathir!!

1-copy

Ternyata pengiraan Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir salah! Dalam pengiraannya rakyat Kedah tidak akan menerima Menteri Besar Kedah yang baharu iaitu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Tetapi dia silap… Sebenarnya seluruh rakyat Kedah sudah lupa pada Mukhriz dan sudah menerima Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar mereka. Penerimaan Ahmad Bashah sangat ketara, apabila beliau disambut meriah bersama-sama dengan pemain bola sepak Kedah dalam Majlis Sambutan Kepulangan skuad hijaukuning petang semalam.

Bukan itu sahaja, sebagai penghargaan Menteri Besar Kedah terhadap seluruh rakyatnya… Ahmad Bashah belanja korang untuk menyaksikan perlawanan pertama di Stadium Darul Aman dalam Liga Super awal musim depan secara percuma. Ini bermakna tiket percuma akan diberikan.

Bukan itu sahaja, bagi keselesaan kesemua penonton dan penyokong Hijau Kuning.. Segala kemudahan di stadium Darul Aman akan dinaiktarafkan selaras dengan peningkatan prestasi dan imej pasukan yang membanggakan ini.

Selain itu, bagi menguatkan jentera pasukan Helang Merah, satu inisiatif akan dijalankan dimana pemain import yang paling terbaik serta barisan jurulatih dan pemain yang jitu akan dilatih dan disediakan pada musim hadapan.

Sebagai penghargaan kepada penyokong Hijau Kuning yang tak pernah putus-putus memberi sokongan kepada pasukan Kedah… Ahmad Bashah bakal merangka dan mengadakan lebih banyak program bersama penyokong setia, agar jalinan kemesraan dan keakraban selaku KELUARGA BESAR MUAFAKAT KEDAH dapat dijalinkan.

Bagi masalah isu penjualan tiket yang sering menjadi bualan ribuan penyokong Hijau Kuning… Satu langkah bakal diambil bagi mengemaskini pengurusan agar lebih cekap dan efisyen. Segala pembaharuan ini bakal dijalankan bagi memastikan gelaran juara yang disandang akan terus dapat dikekalkan.

Bukan itu sahaja, Ahmad bashah turut mensasarkan agar skuad Hijau Kuning dapat mengungguli gelaran juara Piala Sumbangsih dan Juara Liga Super pada tahun depan. Sekarang ni Gomez tak dengar lagi dah cakap-cakap busuk, konon rakyat Kedah benci Ahmad Bashah. Apa yang Gomez tahu, dorang semua dah lupa pada Mukhriz Mahathir!! – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s