Pusat Judi Paling Banyak Beroperasi Di Selangor

selangor-paling

Tuduhan Datuk Mahfuz Omar berkenaan mesin judi yang dirampas polis diberikan semula kepada premis perjudian hanya rekaan untuk memburukkan imej pihak polis. Tidak adil kepada mereka sekiranya beliau melemparkan dakwaan seperti itu. Menurut DS Ahmad Zahid Hamidi balai polis di seluruh negeri sudah tidak mempunyai ruang untuk menempatkan mesin berkenaan bagi dijadikan bahan bukti di Mahkamah.

Dakwaan ini sama sekali tidak benar dan Ahmad Zahid juga menyeru mana-mana ahli parlimen yang mempunyai bukti boleh melaporkan hal tersebut. Sehubungan itu, Zahid turut mengesahkan kawasan Puchong Selangor merupakan kawasan utama bagi premis judi.. Malah lesen bagi pusat berkenaan telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

Sebelum ini ramai pihak menuduh Kementerian dalam negeri (KDN) telah mengeluarkan lesen perjudian, sebaliknya pengeluaran lesen judi ini adalah dibawah bidang kuasa tempatan (PBTM) di negeri masing-masing. Sepatutnya kerajaan Pakatan Harapan harus membendung perkara ini.

Pusat judi di Selangor dilihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Malangnya, kerajaan Selangor tidak memantau hal ini dan mereka hanya tahu meluluskan sahaja lesen pusat judi di kawasan itu. Mungkin dengan adanya pengaruh DAP di kawasan tersebut, telah meningkatkan masalah sosial di Selangor.

Sepatutnya kerajaan negeri perlu mengawal dan mengehadkan pengeluaran lesen kepada pusat-pusat hiburan seperti ini. Kerajaan negeri tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab kepada pihak polis dan menyalahkan kerajaan. Sebaliknya Menteri Besar, DS Azmin Ali perlu mengambil tindakan tegas supaya tidak menyambung lagi lesen pusat hiburan setelah tamat tempoh bagi meringankan agensi membanteras judi.

Kerajaan Selangor tidak boleh terlalu leka dengan mainan politik sehingga tidak ada masa untuk menyelesaikan masalah rakyat dan meguruskan negeri. Jika hal ini berterusan, gejala perjudian tidak dapat dicegah dengan baik dan memberi pengaruh buruk kepada masyarakat. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s