Pembangkang Di P.Pinang Amalkan Politik Tidak Matang

3c-copy

Pengerusi NGO Aktivis Belia Tanah Air (ABATA), Azrinizam Ibrahim menyifatkan pembangkang seperti dalam keadaan benar-benar terdesak setelah dilihat cuba memanipulasi insiden lelaki yang membunuh diri dengan terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menurut beliau tindakan tersebut sewajarnya tidak berlaku dan dalam dunia politik yang matang, banyak perkara lain yang boleh diutarakan khususnya membantu menyelesaikan permasalahan yang berlaku di negeri yang diterajui oleh mereka sendiri.

Di Selangor contohnya, yang terhimpit dengan masalah air.. Di Pulau Pinang pula dengan masalah banjir yang tak sudah-sudah dan juga pelbagai masalah lain yang sepatutnya diberi tumpuan utama, bukan sibuk menjaja isu-isu murahan seperti di atas.

“Tidak sewajarnyalah insiden bunuh diri itu dijadi bahan untuk menuding jari mana-mana pihak apatah lagi menjadikan ianya sebagai bahan politik”, katanya

Azrinizam seterusnya menambah apa yang berlaku di Pulau Pinang dan apa juga permasalahan yang timbul di negeri yang ditadbir oleh mereka juga merupakan satu permasalahan rakyat.

“Janganlah nampak sangat terdesaknya kita untuk mencari populariti politik sehingga tidak ada batasan yang sepatutnya. Ini amat mengecewakan kerana semua perkara cuba dijadikan bahan politik sempit. Jika ini sememangnya menjadi amalan politik pembangkang, maka ia cukup-cukup menyedihkan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s