PAS Masih Tidak Dapat Maafkan Insiden Pijak Gambar Tok Guru

Parti Islam PAS masih lagi terkesan dan makan hati dengan tindakan segelintir peserta kumpulan Bersih pada himpunan mereka yang lalu… PAS menegaskan bahawa mereka masih marah dengan perbuatan peserta Bersih 4 yang bertindak memijak gambar Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan… Antara punca-punca kenapa PAS tidak mahu terlibat dalam perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November akan datang, adalah kerana PAS marah dengan tindakan peserta Bersih lepas yang memijak gambar Tuan Guru Hadi Awang.

Itu menjadi sebab kenapa PAS menolak dan benci sangat pada Bersih… Walaupun PAS turut serta dalam mesyuarat yang diadakan pakatan pembangkang bagi membincangkan mengenai Bersih 5… PAS mengambil pendekatan tersebut bagi menjelaskan punca kenapa mereka jauhkan diri dari Bersih.

PAS menjelaskan kepada penganjur Bersih, Maria Chin Abdullah bahawa PAS tidak akan turut serta dalam himpunan tersebut… Antara alasan lain yang diberikan adalah perjuangan himpunan tersebut sudah jauh bersimpang daripada tunjang dan motif asalnya.

PAS juga menuntut apa jaminan yang PAS dapat setelah mereka bersungguh-sungguh memujuk PAS untuk sertai himpunan Bersih 5 dan pakatan pembangkang. Setelah mereka memijak gambar Hadi Awang kini mereka merayu pertolongan PAS.

Jangan mimpi la… PAS masih lagi tak dapat lupakan peristiwa pada himpunan Bersih 4 yang lalu… Gambar pemimpin teratas mereka dipijak sambil diketawa oleh peserta Bersih yang lain. Itu adalah satu penghinaan yang cukup besar bagi PAS. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s