Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kantoi Palsukan Keahlian Parti

ppbm-kantoi

PPBM semakin terdesak untuk mengumpul keahlian parti bagi menunjukkan kepada UMNO bahawa parti bunga itu disambut baik oleh rakyat. Untuk merealisasikan angan-angan itu, PPBM cuba memanipulasi dan menipu semata-mata ingin mengejar jumlah keahlian.

PPBM Terengganu yang diketuai oleh Mastura Othman yang juga pengerusi Perkasa Dungun, bertindak memalsukan keahlian PPBM dan mengambil butir peribadi ahli Perkasa sekaligus menjadikan mereka sebagai ahli PPBM. Tindakan yang tidak bermaruah ini dilakukan demi mahu mengumpul jumlah ahli di Terengganu.

Malangnya tipu helah yang dimainkan oleh ahli PPBM di sana berjaya dibongkarkan. Seramai 146 ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa mengambil tindakan keluar daripada pertubuhan berkenaan, kerana mendapati sebahagian daripada mereka didaftarkan sebagai ahli parti bunga tanpa kebenaran dan pengetahuan.

PPBM sanggup menggunakan rakyat demi mencapai kepentingan mereka. Tindakan ini bukan baru bagi parti bunga kerana di dalam ‘Deklarasi Rakyat’ juga terselit tipu muslihat mereka berkenaan tandatangan palsu. Sebahagian daripada tanda tangan yang dikumpul dikatakan hasil dari orang yang telah meninggal dunia.

Tindakan terdesak PPBM telah menghalalkan segala cara untuk meraih sokongan rakyat. Kali ini keahlian parti turut dipalsukan untuk menunjukkan bahawa rakyat menyokong penubuhan parti baru tersebut. Mendaftarkan ahli tanpa pengetahuan sangat biadap kerana tidak menghormati keputusan individu tersebut.

Agaknya PPBM semakin tertekan kerana parti tersebut tidak mendapat sambutan rakyat.. Oleh itu, ada segelintir ahli mereka cuba melakukan perkara seperti ini bagi membantu parti mengumpul keahlian menjelang PRU14. Namun usaha itu tidak berkesan kerana ahli Perkasa masih mahu terus menyokong UMNO di dalam mempertahankan hak-hak orang melayu.

Ahli Perkasa juga sama sekali tidak dapat menerima parti bunga kerana parti tersebut telah bersekongkol bersama DAP, sedangkan selama ini Perkasa ditubuhkan atas dasar mahu melawan kebiadapan DAP terhadap Melayu Islam. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s