Mukhriz Berlakon Baik Untuk Rampas Jawatan Menteri Besar Kedah

mukhriz-berlakon

Parti Pribumi Bersatu (PPBM) telah mula menjajah negeri Kedah untuk merampas kembali kuasa Menteri Besar, yang pernah dijawat oleh DS Mukhriz Mahathir yang hari ini bersama dengan parti tersebut. Setelah bersama pembangkang, bermacam aktiviti dilakukan untuk menunjukkan keprihatinan beliau.

Hakikatnya semasa menjadi MB Kedah, beliau jarang turun padang untuk menziarahi rakyat. Beliau juga dilihat berada di negeri itu untuk acara tertentu sahaja atau diatas urusan kerja. Di khabarkan beliau tidak menghabiskan banyak masa untuk rakyat Kedah, sebaliknya lebih sibuk berurusan di luar negeri.

Namun hari ini setelah beliau tidak lagi menjadi MB, banyak masa yang diluangkan bersama rakyat dari segenap lapisan masyarakat. Mungkin Mukhriz mahu merampas kembali jawatan MB dan mahukan parti bunga mendapat sokongan rakyat Kedah. Beliau seolah-olah berlakon untuk menggambarkan beliau seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Dalam pada itu, Mukhriz juga mahu rakyat Kedah membenci UMNO dengan melemparkan bermacam tuduhan kepada kerajaan BN. Beliau turut menyumbangkan bantuan untuk meringankan beban rakyat negeri itu. Boleh jadi, dengan cara ini Mukhriz yakin PPBM akan menjadi pilihan rakyat pada PRU14 dan mengembalikan jawatan MB kepadanya.

Malangnya, kerajaan BN lebih banyak membantu rakyat Kedah selama ini. Sebelum beliau menjadi sebahagian daripada parti serpihan UMNO, memang terbukti pelbagai inisiatif telah diberikan kepada rakyat melalui kerajaan negeri. Hubungan mesra yang mahu dicipta Mukhriz, dilihat sebagai umpan untuk rakyat menanam benih kebencian terhadap BN.

Walaupun bermacam agenda telah diatur oleh Mukhriz untuk memiliki Kedah, rakyat tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji pemimpin parti bunga. Semasa menjadi MB, beliau tidak pula bersusah payah berjumpa rakyat.. Kini beliau sanggup berlakon untuk meraih undi dan merampas jawatan MB. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s