Khairuddin Keluar Parti Bunga Raya Kerana Tak Mahu Malu Besar

6c-copy

Walaupun ramai yang terkejut dengan pengumuman orang kuat Mahathir iaitu Khairuddin Abu Hassan yang keluar dari parti Bersatu, namun ramai juga yang sudah menjangka tindakan tersebut.

Khairuddin memberikan alasan kononnya mahu menumpukan kepada perbicaraannya di mahkamah, sedangkan sebenarnya ramai yang tahu tentang pergeserannya dengan Muhyiddin didalam parti cap bunga itu.

Ada yang menyifatkan bahawa Khairuddin berundur kerana merajuk dengan Mahathir yang terlalu ‘manjakan’ Muhyiddin sehingga Khairuddin disisihkan.

Ada juga yang menyatakan bahawa Khairuddin sebenarnya berniat mensabotaj parti tersebut dengan memberikan imej buruk serta pandangan serong orang ramai.

Realitinya, Khairuddin keluar dari Bersatu kerana menyedari parti itu kini kurang mendapat sambutan dari rakyat Malaysia khususnya dari bangsa melayu sendiri.

Di P.Pinang sendiri contohnya, dimaklumkan hanya terdapat 1200+ sahaja ahli yang mendaftar dengan parti Mahathir tersebut, biarpun pelbagai usaha untuk menarik rakyat menyokong parti tersebut dijalankan di negeri ini.

Jika dilihat pula sokongan generasi baru terhadap Bersatu di negeri ini, ia sangat menyedihkan kerana rata-rata orang muda menolak untuk bersama-sama menyokong parti berkenaan.

Lihat sahaja di laman sosial Facebook rasmi Bersatu di P.Pinang, sehingga kini hanya 600 lebih sahaja penyokong dah ahli parti tersebut memberikan sokongan terhadap laman berkenaan.

Ini pastinya menimbulkan keresahan dihati Khairuddin, memandangkan pilihanraya umum ke-14 (PRU14) hanya tak berapa lama lagi sahaja untuk dihadapi.

Jadi, Khairuddin dilihat memilih jalan mudah untuk menyelamatkan maruahnya sebagai penaja parti. Mungkin bagi Khairuddin, biarlah dikecam kini daripada terpaksa menahan malu selepas kalah di PRU14 nanti. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s