Guan Eng Tak Sedar Diri Persoalkan Kenaikan Kadar Tol Di Parlimen

5c-copy

Didalam soalannya kepada Dewan Rakyat, Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng mempertikaikan tentang kenaikan kadar Tol di 4 lebuhraya menjelang tahun hadapan.

Guan Eng juga bertanyakan pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan, sekiranya kerajaan tidak mahu kadar kenaikan Tol itu dilaksanakan bagi menjamin keselesaan rakyat.

Soalan Setiausaha Agung DAP itu kemudiannya dijawab oleh Menteri Kerja Raya, DS Fadzillah Yusof, yang menjelaskan bahawa 4 lebuhraya berkenaan berhak menaikkan kadar tol berdasarkan perjanjian konsesi.

Lebuhraya yang terlibat ialah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri, Guan Eng kemudiannya meminta penjelasan mengenai mengapa Tol tidak dihapuskan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

Menurut Guan Eng, syarikat konsesi Plus telah mendapat pulangan kos pembinaan dan penyelenggaraan di lebuhraya berkenaan dan seharusnya kerajaan memansuhkan Tol terbabit.

Apa yang Ketua Menteri P.Pinang itu cuba sembunyikan ialah, kerajaan BN telah melakukan tiga penstrukturan semula kadar tol di Plus yang menyebabkan tempoh berakhir perjanjian konsesi lebuhraya berkenaan dilanjutkan.

Penstrukturan kadar Tol di Plus terpaksa dibuat pada tahun 1999, 2002 dan 2012 disebabkan desakan dari pembangkang yang membantah kenaikan kadar tol ketika itu.

Sebenarnya Guan Eng tak perlu sibuk menuduh kerajaan tak prihatin kepada rakyat apabila tidak memansuhkan Tol semua Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

Rakyat P.Pinang sendiri tertipu bila Guan Eng memungkiri janjinya untuk hapuskan Tol di Sungai Nyiur dan Lingkaran Luar Butterworth (Borr), sebelum pilihanraya umum ke-12 dulu.

Guan Eng hanya tahu menyalahkan kerajaan, sedangkan dia dan DAP sendiri yang tidak mampu untuk mengotakan janji yang dibuat kepada rakyat! – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s