Guan Eng Mahu Saman SPR Kerana Takut Kalah Di P.Pinang

2c-copy

Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng hari ini mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melakukan persempadanan semula di P.Pinang kerana mahu BN mengekalkan kuasa.

Guan Eng turut menuduh SPR menjadi alat kepada BN untuk memanipulasi sistem pilihanraya di Malaysia, apabila melakukan persempadanan semula tanpa persetujuan kerajaan negeri.

Menurut Guan Eng didalam kenyataanya kepada media, SPR dilihat seolah-olah tidak menjalankan tanggungjawab selepas menolak bantahan kerajaan DAP P.Pinang terhadap persempadanan semula kawasan di negeri tersebut.

Antara kawasan yang dipertikaikan oleh Guan Eng dan DAP adalah kawasan DUN Paya Terubong dan juga DUN Air Putih, yang dimenangi oleh Setiausaha Agung DAP itu pada pilihanraya lalu.

Lim Guan Eng mempertikaikan mengapa kawasan DUN Paya Terubong mempunyai 41’707 pengundi, sedangkan bagi DUN Air Putih hanya mempunyai 12’752 pengundi sahaja.

Guan Eng seolah-olah mahu SPR memecahkan DUN Paya Terubong yang dikuasai oleh DAP kepada 3 kawasan peti undi.

Jika ini berlaku, DAP sudah tentu akan menambahkan lagi kerusi di negeri ini kerana kawasan DUN Paya Terubong mempunyai majoriti pengundi cina dan juga kawasan kubu kuat DAP.

Sebelum ini, Kerajaan Pakatan di Selangor juga membantah persempadanan semula di negeri berkenaan, diatas alasan daftar pemilih bagi negeri berkenaan diragui.

Menteri Besarnya Azmin Ali telah memfailkan permohonan mahkamah untuk membatalkan notis persempadanan semula yang dihantar oleh SPR pada 15 September lalu. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s