Gegar Vaganza Beri Impak Kepada Rakyat Malaysia

imageresize

gv-3-rebut-mic

 

Sejak program realiti popular GegarVaganza musim ketiga (GV 3) ditayangkan tiga minggu lalu, berbagai-bagai kontroversi telah timbul.

Bermula dari kontroversi foto Zur Eda, isu tidak dapat mikrofon dan yang terbaru poster yang dimuat naik di akaun Instagram Datuk Seri Vida (DSV)..

Malah, isu mikrofon turut membuka rezeki bagi sesetengah pihak apabila turut mem’viral’kan jaket yang dipakai pengurus pentas sambil mempromosikan perniagaan mereka.

Selain kontroversi yang disebut di atas, bintang GV3 dan pengacara program juga tidak terlepas dari menjadi subjek hangat netizen.

Bermula dengan gosip panas yang mengatakan Elly bermasam muka dengan Azharina, kes rumah tangga Elly Mazlein juga turut disebut-sebut hingga ke GV3.

Kontroversi yang melanda Elly sebelum menjejakkan kaki ke pentas GV3 sedikit-sebanyak telah menambah kehangatan program realiti tersebut musim ini.

Lebih menarik lagi, GV3 juga telah menyebabkan kaki bola bergaduh dengan ‘isi rumah’ yang mahu menonton konsert yang berlangsung serentak dengan perlawanan bola sepak Piala Malaysia pada Ahad lepas.

Foto seorang lelaki yang sedang menonton perlawanan bola sepak Kedah menentang Selangor ketika menonton konsert ketiga GV3 di dalam auditorium malam Ahad lepas turut diviralkan netizen.

Selain foto ‘suami nak tengok bola, tapi kena teman isteri tengok GegarVaganza’, foto seorang lelaki yang berpakaian seperti DSV ketika menghadiri parti Halloween juga turut menjadi viral.

Hebat atau tidak penangan GV pada musim ini, anda nilaikanlah sendiri!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s