BR1M Mampu Tampung Bebanan Rakyat

4-copy

Rakyat Malaysia riuh rendah tatkala harga petrol dan diesel naik 15sen… Dah menjadi trend agaknya bila harga petrol dan diesel naik, mesti dorang kecoh! Dah macam ayam bertelur, riuh sekampung. Perkara sama kembali berulang… Lepas seminggu, senyap la dorang.

Perkara sama juga berlaku apabila subsidi minyak masak dikurangkan dan mengakibatkan harga minyak masak naik sedikit, habis meroyan satu Malaysia. Umpama dorang dah jatuh miskin dan papa kedana, bila harga minyak masak naik sedikit… Hmmm, Gomez syak dorang mandi minyak kot sebab tu meroyan macam tu.

Sedar atau tidak, pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dikhaskan untuk membantu rakyat menampung bebanan seperti perkara diatas?? Korang ingat kerajaan bagi BR1M untuk korang berjoli sakan bercuti sana sini ke?? Shopping barang ‘branded’ dan beli alat ‘make up’ ke??

BR1M diberikan bagi menyelaraskan dan menstrukturkan semula subsidi demi memastikan ia sampai kepada golongan yang memerlukan dan yang berpendapatan rendah. Bukannya orang miskin je yang kena subsidi tu… Orang kaya pun kena juga… Bukan orang miskin je yang alami kenaikan harga petrol… Yang kaya pun kena jugak.

Tapi hakikatnya orang miskin je yang dapat BR1M… Orang kaya raya tak layak dapat BR1M. Tapi yang kaya tak kecoh pun bila tak dapat BR1M, sedangkan dorang juga menghadapi kenaikan harga petrol dan pengurangan subsidi, itu pun korang masih tak bersyukur ke??

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, kenaikan harga minyak akibat daripada pengurangan subsidi yang akan ditampung melalui pemberian BR1M. Kurangkan subsidi secara menyeluruh dan beri BR1M bagi yang layak je.

Sepatutnya rakyat memanfaatkan pemberian BR1M dengan sebaik mungkin… Baru la bebanan hidup korang dapat diringankan. Ini tidak… Dapat BR1M je nak joli sana sini. Beli barang-barang yang bukan keperluan, lepas tu mula la meroyan kata kos sara hidup tinggi dan terus salahkan kerajaan.

Korang yang sebenarnya tak pandai atur kehidupan korang… Bila takde duit nak salahkan kerajaan. Dah tahu tak mampu, berjimat cermat la… Jangan papa kedana tapi berlagak mewah hidup macam orang kaya. Kalau macam tu bagi BR1M sejuta pun tak cukup. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s