Banjir – Penduduk Kg Permatang Damar Laut Kecewa Dengan Adun Pakatan

1c-copy

Adun PKR Batu Maung, YB Malik Kassim dikecam oleh penduduk kerana gagal menyediakan parit bagi mengelakkan banjir di kawasan berkenaan, khususnya Kg Permatang Damar Laut.

Selain sistem perparitan yang usang, jalan kampung turut dimaklumkan tidak diselenggara dengan baik di kawasan berkenaan walaupun berkali-kali permohonan dibuat kepada wakil rakyat.

Hasil tinjauan mendapati, beberapa rumah penduduk dinaiki air akibat dari banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan selepas hujan lebat yang turun selama beberapa jam.

Menurut seorang penduduk yang ditemui, beliau memberitahu bahawa penduduk kampung sudah membuat permohonan untuk membesarkan parit kepada wakil rakyat kawasan berkenaan.

Malangnya tiada tindakan susulan yang diambil setelah sekian lama, walaupun pihak terbabit memberikan janji untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.

Selain itu, banjir kilat yang kerap melanda kawasan berkenaan juga didakwa berpunca dari sikap wakil rakyat yang mengabaikan setiap aduan dari penduduk.

Penduduk kampung terbabit juga menyatakan mereka kerugian beribu ringgit kerana semua barangan rumah rosak kerana dilimpahi air banjir.

Sejak beberapa hari lalu, kebanyakan kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat berpunca dari pembangunan tidak terancang dan juga penebangan hutan tak terkawal oleh kerajaan DAP negeri.

Walaupun dikecam oleh pelbagai pihak, namun Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan DAP masih bertegas mengatakan, banjir kilat berpunca dari hujan lebat berterusan dan bukannya salah mereka. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s