RM 94 Juta Dihabiskan Tapi Kenapa Banjir Masih Lagi Melanda P.Pinang?

2-copy

Walaupun DAP mendakwa menghabiskan lebih RM94 juta untuk melaksanakan projek-projek tebatan banjir, namun mengapa keadaan banjir di Pulau Pinang semakin serius, soal Timbalan Pengerusi MCA negeri, Tan Teik Cheng.

Beliau mendakwa sejak 2012 hingga kini, sebanyak 33 kawasan Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang telah membelanjakan sebanyak RM94,378,364 untuk kawalan banjir.

Tan menegaskan bahawa banjir di P.Pinang merupakan kesilapan manusia, dan kerajaan DAP negeri harus bertanggungjawab didalam isu ini kerana telah menghabiskan banyak wang rakyat.

Tan menjelaskan, Kerajaan DAP P.Pinang telah meluluskan sebilangan besar projek-projek pembangunan di sekitar Paya Terubong, Ayer Itam dan sungai Pulau Pinang.

Selain itu, Tan mendedahkan bahawa sistem perparitan di negeri ini juga dihancurkan oleh dasar pro-perniagaan yang berlebihan oleh kerajaan negeri, dan pembangunan bukit yang tidak terkawal.

Menurut beliau, tindakan Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng serta beberapa exco negeri menyalahkan kerajaan pusat didalam isu banjir di negeri ini, adalah sangat tidak wajar.

Jika semuanya hendak disalahkan kepada pihak lain, maka Guan Eng dan kerajaan DAP negeri patut malu dengan ketidakmampuan mereka mentadbir negeri dengan baik, ujarnya.

Sabtu lalu, banjir besar melanda negeri ini di mana beberapa buah kereta tenggelam akibat banjir, apabila air melimpah dari Sungai Pinang, Sungai Jelutong, Sungai Dondang dan Sungai Air Itam.

Kira-kira 600 orang di Taman Thean Teik terperangkap hingga memaksa Jabatan Bomba dan Penyelamat menyelamatkan mereka. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s