Ponteng Kerja Kerana Drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’

pilot

img_3654

Seriau Miss K tengok terlalu ramai orang di Majlis Tayangan Perdana drama Suri Hati Mr. Pilot di GSC Pavilion Kuala Lumpur hari ini.

Peminat drama bersiri yang tengah hot diperkatakan tu, nampaknya telah menarik beribu-ribu peminat yang mahu melihat barisan pelakon dengan lebih dekat.

Miss K puji effort tu, cuma yang peliknya tu datang beramai-ramai hari Isnin ni tak pergi kerja ke semua tu? Atau mereka ambil cuti semata-mata nak beramah mesra dengan para pelakon?

Kalau betullah mereka ambil cuti, Miss K respek sangatlah. Demi nak berjumpa pelakon kesayangan Suri Hati Mr Pilot, sanggup berkorban buang cuti untuk tatap wajah mereka.

Sebelum ini, sesi bertemu peminat ni telah pun diadakan di MPH Nu Sentral, sambutan pun luar biasa termasuklah di Singapura baru-baru ini.

Penuh dan berasak-asak dibuatnya sampai ada yang menangis. Hebatkan penangan Suri Hati Mr Pilot ini, kalah drama K-Pop.

Apa-apa pun, Miss K pun tengok juga drama rantaian ini, menarik juga jalan ceritanya. Ada sudut positif yang boleh diambil lebih-lebih lagi watak Ejas dan Warda.

Jadi kepada penonton setia drama ini, tontonlah sampai habis tau. Miss K yakin mesti banyak kejutan yang bakal menanti. Miss K nak sambung goreng keropok lekor, sedap makan di waktu-waktu hujan ni. – AstroGempak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s