Penjelasan Dari KPDNKK Mengenai Harga Baru Minyak Masak Di Malaysia

6-copy

Berikutan pengumuman berkenaan harga minyak masak di Malaysia dalam botol 1 kg dan keatas akan mengikut harga pasaran, manakala harga minyak masak paket plastik 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 dan ia berkuatkuasa mulai tarikh 1 November 2016.

Untuk memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan, kerajaan mengekalkan harga minyak masak yang dijual dalam paket plastik pelbagai jenama 1 kilogram pada harga sekarang iaitu RM2.50 setiap satu.

Bagi minyak masak lain pula, (minyak masak dalam botol 1 kg dan keatas) harganya akan mengikut harga pasaran sekali gus kerajaan dapat mengelak daripada menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan, susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses).

Langkah ini juga adalah bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan atau penyeludupan.

Sebagai makluman kepada pengguna, harga jualan minyak masak bukan bersubsidi (dalam botol) tidak ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Harga jualan minyak tersebut ditetapkan oleh industri mengikut serta bergantung kepada harga pasaran minyak sawit.

Namun, penetapan harga jualan minyak masak bukan bersubsidi masih tertakluk pada Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah berlaku, maka tindakan boleh diambil ke atas industri kerana mengambil keuntungan yang berlebihan.

Penggunaan minyak masak keperluan domestik adalah mencukupi. Adalah dianggarkan keperluan domestik hanya 45000 metrik tan sebulan.

Walaubagaimana pun pihak KPDNKK akan memantau supaya para peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikan harga yang tidak munasabah.

Tindakan boleh diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Persaingan 2010.

Setakat ini 14 kes telah diambil berkaitan kesalahan menyorok bekalan. Penstrukturan rasionalisasi minyak masak ini juga bertujuan untuk mengatasi isu ketirisan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s