Nazrief Nazri Bosan Dengan Peminat Emma Maembong

Sebelum ni nama pelakon baru Nazrief Nazri pernah menjadi bualan hangat, dimana tersebar gambarnya menjadi model pakaian dalam sebuah acara peragaan fesyen.. Tapi pelakon tu tak mengelak untuk berdepan dengan kontroversi panas tu, malah dia mengaku kesilapannya..

Bagus kalau jenis mengaku buat kesilapan noh.. Bukannya macam sesetengah retis yang beriya-iya menafikan, walaupun dah terbukti dorang melakukan sesuatu yang memalukan.. Berdrama jer lebih, sesetengah tu kononnya menjadi mangsa keadaan atau ‘difitnah.. Puihh!

Walaupun pun pernah dihimpit dengan kontroversi panas, Miss tengok nama Nazrief semakin dikenali.. Lebih-lebih lagi dramanya yang bertajuk ‘Nasi Minyak Kuah Cinta’ lakonannya bersama Emma Maembong kini ditayangkan di TV3.. Miss tengok boleh tahan jugak gandingan dorang bersama.. Not bad lah!

Tapi Miss dengar dek kerana Nazrief berlakon dengan Emma, ramai peminat Emma tak suka gandingan dorang bersama dalam drama tu.. Lebih-lebih lagi bila pasangan tu dilihat mesra dan akrab bersama di luar penggambaran..

Itu sebab yang membuatkan Nazrief merasakan terganggu dengan peminat Emma, kerana sering dikritik setiap kali memuat naik gambar bersama dengan Emma.. Kata Nazrief, pada mulanya dia okey jer bila dikritik tapi bila lama-kelamaan.. Nazrief pun muak lah!

Lagi satu tu, gara-gara keakraban dia bersama Emma jugak lah timbul salah faham antaranya bersama Kamal Adli.. Bila ditanyakan perkara tu pada Nazrief, dia mengaku pada mulanya ada salah antaranya dengan Kamal, tapi sekarang dua pelakon tu dah okey bila gosip dia dengan Emma hanya sekadar gosip..

Keakraban bersama tu lah lama-lama akan timbul cinta, tapi kalau pandai kawal diri bagus lah yer.. Miss dengar pelakon baru ni bukan setakat nak jadi pelakon jer, malah tak lama lagi bakal jadi penyanyi pulak u’olls..

Kononnya pelakon ni dah lama teringin nak jadi penyanyi.. U’olls nantikan lah singlenya nanti yer.. Entah sedap ke tidak suaranya Miss pun tak tahu lah.. Jangan menyanyi syok sendiri sudah lah.. Sakit telinga peminatnya nanti.! Hahaha.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s