Mukhriz Tumpang ‘Glamour’ Geng Ultras Kedah

1a-copy

Semenjak Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah… Dalam pengiraan Gomez tak pernah sekali pun anak Tun Dr Mahathir Mohamad tu turun padang dan terlibat dalam memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Kedah bersama geng Ultras Kedah.

Kalau ada Mukhriz turun padang saksikan perlawanan bola sepak yang melibatkan negeri Kedah pun… Pastinya Mukhriz dilayan istimewa dan duduk di grand stand… Set-set VVIP dan VIP la uolssss! Mana layan duduk atas kerusi simen tu.

Tapi pada perlawanan Akhir Piala Malaysia antara Kedah menentang Selangor di Stadium Shah Alam pada malam Ahad lalu… Terkejut besar Gomez, apabila dapat tahu yang Mukhriz ‘lepak’ dengan geng Ultras Kedah tu.

Siap join sekaki menyokong pasukan Kedah di tempat duduk Ultras Kedah… Hahahaa! Masa jadi Menteri Besar Kedah, takde pulak buat macam tu… Bila dah jadi Bekas Menteri Besar ni boleh pulak join sekaki yer!

Nak tumpang ‘glamour’ ke?? Atau hanya nak tarik perhatian je… Yela, sebab nak ambil hati orang muda kan! Kalau tidak, takdenya Mukhriz nak buat ‘ceramah’ masa waktu rehat perlawanan bola sepak di Stadium Darul Aman tempoh hari.

Apa yang Gomez pelik… Masa Kedah masuk final tahun lepas, takde pulak Mukhriz nak join sekali dengan Ultras Kedah.. Hahaha! Bila dah jadi macam ni, boleh pulak dia sertai dorang… Eshhhh, eshhh! Pandai berlakon sungguh kan boboi ni.

Nasib baik setakat ‘join’ bersorak je… Buatnya Mukhriz tu bawa bala tentera dia dan edarkan borang penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekali ke stadium Shah Alam tu, tak ke pening. Hahaha! Kalau boboi tu buat macam tu, memang sah dia terdesak sangat! Dah la tumpang ‘glamour’ Ultras Kedah… Nak cari nama la tu. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s