Mukhriz Mahu Jadikan DAP Sebagai Keldai Tunggangan Pada PRU14 Nanti

mukhriz-jadikan

Dalam ceramah DS Mukhriz Mahathir baru-baru ini beliau mendakwa, UMNO sengaja menyampaikan dakyah bahawa DAP akan memerintah negara sekiranya pembangkang menang pada PRU14. Mukhriz juga cuba menuduh UMNO sengaja melakukan propaganda seperti ini bagi menakutkan rakyat, khususnya kaum melayu.

Tindakan beliau memburukkan UMNO serta mendakwa kerajaan dengan pelbagai tuduhan memang sengaja dimomokkan untuk mengelirukan rakyat. Mukhriz turut memberi jaminan sekiranya pembangkang menang dalam PRU kali ini, DAP tidak akan menjadi pemerintah.. Sebaliknya pemimpin melayu yang beragama Islam yang akan menguasai kerajaan.

Walaupun mereka mempunyai pakatan tetapi DAP tidak akan berkuasa sama sekali dalam menguruskan negara. Dakyah perkauman ini cuba dimainkan Mukhriz bagi mempengaruhi orang melayu untuk berani memberikan sokongan terhadap PPBM, walaupun mereka bersekutu bersama DAP.

Namun keyakinan beliau ini terlalu awal kerana mustahil DAP akan berdiam diri sekiranya pembangkang berjaya pada pilihan raya kali ini. Boleh jadi PPBM akan menjadi pak turut DAP setelah selesai PRU14. Perkara ini tidak mustahil kerana DAP mempunyai pelbagai agenda sulit bagi membolehkan mereka mentadbir kerajaan.

Mungkin sebelum Mukhriz menjadikan DAP sebagai keldai tunggangan, parti itu terlebih dahulu merancang agenda politik kotor untuk kekal berkuasa. Keyakinan Mukhriz untuk tidak membenarkan DAP campur tangan dalam urusan negara merupakan dakyah perkauman untuk meraih undi orang melayu.

Melayu beragama Islam tidak boleh dipertahankan sekiranya DAP bersama-sama mereka dalam mentadbir negara. Dalam pakatan pembangkang juga jelas, bahawa DAP menolak Islam kerana tidak sehaluan dengan PAS. Tidak mustahil DAP akan melakukan hal yang sama kepada PPBM di dalam gabungan mereka.

Sekiranya PPBM hanya mahu menggunakan DAP bagi memenangi pilihan raya, ia mungkin akan menjerat parti mereka sendiri. Mereka juga seolah-olah memperjudikan nasib rakyat kerana terlalu taksub dengan kemenangan pilihan raya dan memberikan tekanan kepada kehidupan rakyat pada masa depan jika pembangkang menguasai kerajaan. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s