Mahfuz Tuduh Tan Sri Pandikar Amin Cuba Rahsiakan Rasuah Dan Rompakan Negara

2a-copy

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Seri Mahfuz Omar berpendapat bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berhubung syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) pada perbahasan bajet 2017 di Parlimen baru-baru adalah benar.

Padahal semua orang tahu, perkara tersebut hanya direka… Namun begitu cerita tersebut dibangkitkan semula oleh Ahli Parlimen Tambun tersebut hingga berjaya mempengaruhi Mahfuz. Akibat tindakan Husni itu, beliau telah ditegur oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia…

Mahfuz menyifatkan teguran tersebut sebagai satu usaha untuk menyembunyikan rasuah dan rompakan negara… Malah Mahfuz menuduh Tan Sri Pandikar Amin cuba menyembunyikan kegiatan rasuah di dalam Kabinet.

Maklumat mengenai syarikat 1MDB dan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap 1MDB adalah rahsia… Jadi sangat wajar apabila Tan Sri Pandikar Amin menganggap tindakan Husni sebagai sesuatu yang melanggar sumpah kerahsiaan.

Maksud langgar sumpah kerahsiaan tu bukannya Tan Sri Pandikar Amin tu nak rahsiakan kegiatan rasuah seperti yang difaham oleh Mahfuz… Ia melanggar sumpah kerahsian kepada Husni yang mendedahkan maklumat sulit siasatan.

Tiada jenayah atau salah laku yang berlaku dalam urusan pentadbiran… Pihak yang benci kerajaan pasti akan lakukan apa sahaja demi memburukkan nama kerajaan. Malah berani untuk cipta fitnah sendiri.

Rompakan negara bukannya rahsia… Malah Tan Sri Pandikar Amin tak akan melindungi sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah… Termasuklah Perdana Menteri. Jadi persoalan Tan Sri Pandikar Amin merahsiakan kegiatan rasuah tak pernah timbul. Ia hanya cerita palsu yang diada-adakan. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s