Kerana Enggan Letak Jawatan, Guan Eng Digelar Pemimpin Yang Tiada Integriti

7-copy

Ketua Pemuda UMNO negeri P.Pinang hari ini menyatakan bahawa, majoriti rakyat di negeri ini semakin hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana dianggap cakap tak serupa bikin.

Lim Guan Eng selama ini sibuk pertikaikan integriti pemimpin kerajaan yang didakwa tak bermaruah, kini dia menunjukkan bahawa dia sebenarnya yang langsung tak mempunyai integriti.

Ini terbukti apabila beliau enggan meletakkan jawatan biarpun terpalit dengan 2 tuduhan rasuah di mahkamah.

Jika diteliti sejarah Setiausaha Agung DAP ini, dia merupakan individu paling lantang mendesak pemimpin UMNO berundur jika berhadapan dakwaan integriti suatu ketika dulu.

Ketika Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik didakwa di mahkamah, Guan Eng pada ketika itu bersungguh-sungguh mahu beliau meletak jawatan.

Sama juga semasa Dr. Mohamad Khir Toyo dikaitkan dengan dakwaan demikian, beliau meletakkan jawatan Ketua Pembangkang Selangor dan memulangkan semula Darjah Kebesaran Selangor.

Tetapi malang sekali apabila terkena batang hidung sendiri, Guan Eng bukan sahaja enggan melepaskan jawatan, malah menuduh ada pihak lain pula yang cuba menjadikannya kambing hitam. Sedangkan ini soal integriti dan kredibiliti.

Lebih menjengkelkan, ketika banyak pihak mendesak anak Penasihat DAP itu berhenti, tetapi dia dipertahankan oleh semua kepimpinan tertinggi DAP dan juga pemimpin pakatan pembangkang.

Guan Eng kini sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua dakwaan tersebut, dan dibenar ikat jamin RM1 juta.

Kalau benarlah Guan Eng berpijak di bumi nyata dan bersungguh-sungguh untuk menunjukkannya seorang pemimpin sedar diri, amat wajar dia meletak jawatan Ketua Menteri dan juga jawatan di dalam politik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s