Harga Minyak Masak Dan Bahan Api Naik Kerana Kerajaan Dihantui Hutang 1MDB – Guan Eng

8-copy

Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng mendakwa kerajaan BN menaikkan harga minyak masak dan petrol kerana masih dihantui dengan isu 1MDB serta isu dana politik RM 4.2 billion.

Bercakap sewaktu mengemukakan soalan di Dewan Rakyat, Setiausaha Agung DAP itu juga menuduh kerajaan tak pandai mengawal ekonomi sehingga menimbulkan kebencian rakyat khususnya mengenai cukai GST.

Selain itu, Ketua Menteri P.Pinang itu juga mendakwa wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diberikan oleh kerajaan BN, hanya sia-sia disebabkan kenaikan harga minyak.

Menurut Guan Eng lagi, kenaikan harga minyak masak akan menyebabkan rakyat terpaksa membelanjakan tambahan RM 50 setiap tahun bagi barangan keperluan rumah.

Bagaimanapun, kenyataan Guan Eng itu dibidas oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, DS Hamzah Zainuddin.

Jelas beliau, mengikut perkiraan, jika setiap pengguna menggunakan minyak masak sekilogram yang bersubsidi, maka purata perbelanjaan tidak sampai RM10 untuk lima orang setiap bulan.

“Saya tidak tahu mana datang RM50. Yang Berhormat kira macam mana? Sampai RM250 untuk lima orang? Padahal untuk 1.5 kilogram untuk seorang, hanya lebih kurang RM1.50 campur 75 sen satu kepala. Kalau lima orang, tak sampai RM10 sebulan.

“Maka pertambahan lebih kurang RM100 setahun,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Guan Eng semasa sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau pada masa sama mempersoalkan dakwaan Ahli Parlimen Bagan itu, yang mempertikai harga sepaket minyak masak sekilogram, sedangkan Guan Eng sendiri mampu membeli air mineral yang lebih mahal berbanding bahan siap proses itu setiap hari.

“Padahal dia beli air mineral setiap hari itu melebihi daripada harga minyak masak yang diproses yang digunakan oleh semua rakyat yang bertanggungjawab dalam negara kita,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s