Fattah Amin Dah Mula Lupa Diri Selepas Drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’

e

Didakwa sombong dan kekwat pulak dah! Apa cer Fattah ni u’olls?? Sejak popular menerusi drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’, Miss tengok pelakon Fattah Amin sering dihimpit dengan kontroversi panas.. Ada-ada saja cerita pasal dia yang timbul!

Bercinta dengan Neelofa lah, dipulau dengan kawan bekas teman wanita lah dan macam-macam lagilah.. Terbaru, Miss dengar Fattah didakwa mula sombong selepas popular menerusi drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’ pulak dah..

Amboii Fattah.. Bila semakin popular ni, mula lupa diri pulak yer.. Baru satu drama meletop, dah besar kepala! Dakwaan tu dikuatkan lagi bila ada spekulasi yang mengatakan pelakon kacak ni kerap kali menolak tawaran sesi fotografi dan enggan bergambar secara berpasangan..

Bila ditanyakan kepada tuan empunya diri mengenai perkara ni.. Fattah menafikan dakwaan yang dilemparkan kepadanya.. Kalau betul dakwaan tu, tak kan Fattah nak mengaku pulak noh.. Pelakon ni menjelaskan mengenai sesi fotografi tu hanya lah salah faham..

Kononnya kadang-kadang ada beberapa permintaan terpaksa ditolak kerana jadualnya kini sangat padat.. Katanya lagi, mustahil dia akan menolak tawaran yang diberikan dengan sesuka hati.. Apa-apa jer lah, Miss harap Fattah tak mudah lupa diri lah.. Dia kena ingat, dia tak selalunya berada diatas.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s