CAP Mahu Guan Eng Dan DAP Hentikan Projek Pembangunan Untuk Elak Banjir

3-copy

Kejadian banjir kilat yang sering berlaku di P.Pinang kini amat membimbangkan dan semakin buruk. Disaat kerajaan DAP negeri perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini, mereka memilih jalan mudah dengan menyalahkan kerajaan pusat.

Ini membuktikan betapa mudahnya kerajaan pimpinan Lim Guan Eng berdalih dan main wayang dihadapan rakyat ketika penduduk negeri ini berhadapan dengan ancaman bencana alam.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Pengguna-pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri supaya menghentikan semua projek pembangunan sehingga masalah banjir tidak lagi menghantui penduduk di negeri ini.

Menurut Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) N.V Subarrow, kejadian banjir kilat yang sering berlaku di negeri ini amat membimbangkan dan semakin buruk.

Beliau menjelaskan, banyak kawasan sebelum ini yang tidak pernah dilanda banjir, kini dinaiki air disebabkan sistem perparitan yang sudah ketinggalan zaman dan pembangunan berlebihan.

Banjir kilat akibat dari hujan lebat pada Sabtu lalu turut menyebabkan kemeriahan sambutan Deepavali, yang juga dikenali sebagai pesta cahaya, bertukar suram apabila banyak rumah digenangi air.

Selain mahu kerajaan DAP negeri bertanggungjawab, N.V Subarrow juga turut bersimpati dengan penduduk yang terpaksa menghadapi musibah banjir.

Kenderaan menjadi rosak, kerugian beribu-ribu ringgit, dan tiada apa yang dilakukan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah banjir ini, ujarnya.

Jabatan Pengairan dan Saliran P.Pinang semalam melaporkan bahawa sistem saliran yang tidak sistematik adalah satu daripada punca banjir selain hujan lebat di luar jangkaan.

Beberapa kawasan di daerah Timur Laut Pulau Pinang hampir lumpuh sepenuhnya, apabila kenaikan paras air mengakibatkan kesesakan lalu-lintas dan penutupan jalan. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s