Bersih Kikis Duit Rakyat Demi Hancurkan Perpaduan Kaum

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang menafikan menerima pembiayaan berterusan dari National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) yang berada di bawah pengelolaan hartawan terkemuka, George Soros… Bagi mengadakan perhimpunan Bersih berkata, mereka hanya menerima derma dari rakyat serta sumbangan berjumlah RM70,000 daripada yayasan Soros.

Maknanya Bersih ni hanya terima pembiayaan sekali sahaja dari Soros, sejak Bersih ditubuhkan… Boleh percaya ka?? Sebab Gomez tengok geng Bersih ni macam ‘bermewah’ je tiap kali dorang adakan demonstrasi.

Tak kan selama ni hanya harap apda derma rakyat je?? Banyak betul rakyat derma kat dorang ek… Tapi bab harga barang naik riuh sekampung… Kalau nak buang duit untuk berdemonstrasi boleh pulak.

Maknanya selama ini Maria Chin dok kikis duit rakyat semata-mata bagi mencetuskan rusuhan dan pergaduhan antara kaum. Ternyata usaha Maria untuk lihat perpaduan kaum kacau-bilau agak berjaya.

Cuba korang fikirkan…. Kalau tak kerana kumpulan Bersih, pastinya Gerakan Baju Merah tak akan wujud… Kumpulan-kumpulan ini sedikit sebanyak telah mencetuskan pergaduhan antara kaum.

Dah la kikis duit rakyat untuk adakan demonstrasi… Lepas tu cetuskan ketegangan antara kaum pulak. Adalah lebih baik kalau derma rakyat tu, Bersih sedekah pada orang yang lebih memerlukan..

Daripada korang dok habiskan untuk demonstrasi yang entah apa-apa dan buat bayar denda, tu kan merugikan je. Tapi Gomez langsung tak percaya yang kumpulan bersih ni tak terima dana dari luar.

Mesti dorang dapat sumbangan jugak… Kalau nak harapkan derma dan kikis duit rakyat je, tak kan perhimpunan Bersih ni mampu berlarutan sampai ke Bersih 5. Pihak berkuasa patut buat siasatan terhadap dana yang diperolehi Bersih… Jangan buat sambil lewa je. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s