Tasha Shilla Dah Serik Nak Bercinta

Sebelum ni bukan main lagi Miss tengok pelakon Tasha Shilla dok tayang kekasih pada orang ramai masa masih bercinta dengan bekas kekasihnya, iaitu Han Wong.. Kononnya nak tunjuk, dorang lah pasangan kekasih yang paling sweet..

Masa bercinta memang la.. Kentut pun wangi.. Bila dah putus, semua benda jadi pahit.. Masing-masing benci tengok muka masing-masing..

Kisah putus cinta pelakon ni pernah menjadi bualan hangat bila macam-macam yang terjadi! Disebabkan tu jugak, Tasha telah menyepikan diri seketika daripada dunia lakonan..

Kononnya nak mencari ketenangan dan merawat hati yang terluka.. Setahun jugak lah pelakon ni berehat daripada dunia lakonan..

Setelah lama menyepikan diri, kini Miss tengok Tasha dah semakin aktif berlakon balik.. Tasha berkata, dia kembali bergiat berlakon semula selepas menyertai Gempak Superstar Mac lalu.. Itu perkembangan dari segi kerjaya lakonan si Tasha..

Tapi bila ditanyakan kepada Tasha mengenai tentang teman hidup, buat masa sekarang Tasha belum bersedia menerima mana-mana lelaki sebagai kekasih.. Kononnya dia masih trauma dengan peristiwa yang dilaluinya tahun lalu..

Bagus jugak Tasha yer, tak gelojoh nak mencari pengganti.. Tak macam sesetengah orang lain.. Baru jer putus cinta, tup-tup dah jumpa pengganti baru.. Nampaknya peristiwa buruk yang Tasha lalui telah mematangkannya.. Haahaha.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s