Semangat Juang Tinggi Pemain Bantu Kedah Menjadi Juara

Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe menegaskan semangat juang yang tinggi dimiliki pemainnya menjadi senjata utama untuk mencipta kejayaan menjulang Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi.

“Tahniah kepada semua pemain kerana memberi komitmen tinggi sepanjang perlawanan sehingga memberi kejayaan kepada pasukan.

“Tanpa komitmen tinggi dari mereka sudah pasti kami tidak mampu mencipta kejayaan. Malah, kami tahu bukan senang untuk menang di Shah Alam apatah lagi dalam cuaca hujan,” katanya.

Kejayaan itu menyaksikan Kedah menebus kekecewaan di final Piala Malaysia musim lalu selepas tewas 0-2 kepada Selangor di stadium sama.

Namun, perlawanan sengit dipamerkan kedua-dua pasukan sebelum Kedah mengesahkan kemenangan 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas permainan berakhir dengan 1-1.

Selain itu, Cheng Hoe turut mengakui tetap meletakkan keyakinan tinggi betapa pemainnya mampu mencipta kejayaan biarpun gagal menyudahkan beberapa peluang terhidang sepanjang 120 minit permainan.

“Memang kami memiliki banyak peluang dan perlawanan sepatutnya ditamatkan dalam tanpa penentuan sepakan penalti.

“Namun, sepanjang permainan saya yakin dengan kemampuan semua pemain, malah mereka juga juga tahu apa yang mereka patut buat dan mereka sudah buktikan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s