Selangor Tetap Bangga Walaupun Tewas Kepada Kedah

Meskipun tewas di tangan Kedah di pentas akhir Piala Malaysia, namun pengendali sementara Selangor, K Gunalan menegaskan betapa dia berbangga dengan pencapaian yang diraih anak buahnya musim ini.

Dia mengakui berpuas hati dengan prestasi yang diperagakan barisan pemainnya pada pentas akhir itu walaupun terpaksa berputih mata gagal mempertahankan trofi yang dirangkul musim lalu.

“Perlawanan akhir ini adalah yang terbaik sehingga terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti penentuan.

“Namun tuah tidak berada di pihak kami. Kami gagal memenangi sepakan penalti tetapi jika dilihat, kami juga tidak tewas dalam tempoh 90 minit masa perlawanan.

“Apapun, jika dinilai secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan apa yang diberikan pemain pada perlawanan tadi (malam tadi),” katanya..

Mengulas lanjut mengenai detik sepakan penalti penentuan yang terpaksa diharungi, Gunalan mengakui permulaan baik yang ditunjukkan Khairul Azhan Khalid seakan memberi petanda baik kepada pasukannya untuk mempertahankan trofi penuh tradisi itu.

“Keyakinan kami meningkat selepas Azhan berjaya menyelamatkan sepakan penalti pertama yang diambil Shane Smeltz.

“Namun, pemain memerlukan ketenangan tetapi seperti mana saya katakan tadi, kami tiada tuah terutamanya selepas tiga pemain gagal menyempurnakan sepakan penalti.

“Meskipun sudah berlatih sepakan penalti pada sesi latihan, namun tekanan semasa latihan dan perlawanan sebenar begitu berbeza dan bukan senang, jadi saya berbangga dengan usaha keras mereka,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s