Rem Tak Jangka Akan Terkeluar Di Minggu Ketiga

2q.png

3q.png

Semalam berlangsungnya konsert Gegarvaganza minggu ke-3, kehangatannya tetap sama seperti sebelum ni.. Ramai peminat sanggup datang awal kerana tak sabar untuk melihat artis pilihan masing-masing bertanding..

Normal lah tu kan, semangat peminat lah menjadi pembakar semangat untuk artis membuat persembahan dengan lebih baik.. Betul tak?? Miss tengok kesemua peserta yang bertanding semalam pun semakin menyengat dan berusaha sehabis baik pada malam tu..

Tapi sayangnya semalam lagi seorang peserta telah tersingkir iaitu Rem.. Pada malam tu Rem menyampaikan lagu Penawar Rindu nyanyi Datin Orchid Abdullah.. Walaupun Rem mengatakan dia tak jangka disingkirkan tapi peminat program realiti tersebut telah menjangkannya..

Ramai yang mengatakan persembahan Rem kurang menyengat dan sumbang.. Lagi satu tu, Rem dikatakan tak ada peningkatan dari minggu-minggu sebelum ni.. Walaupun suaranya ‘power’ tapi Rem dikatakan tak mampu membawa lagu penyanyi lain..

Biasa lah tu.. Bila dengar lagu penyanyi lain disampaikan oleh penyanyi lain, memang auranya tak gempak macam penyanyi asal.. Walapun Rem sudah tersingkir, para peminat Rem jangan risau yer..

Miss dengar Rem tak lama lagi bakal muncul dengan single terbaru.. Amboii Rem.. Cepat sungguh bikin single terbaru yer! Tersingkir terus ada single terbaru.. Hebat! Macam ni baru lah peminat Rem tak kempunan nak dengar suara Rem.. Hahhaha..

Single terbarunya berjudul Sinar Kasih dikatakan telah dirakam sebelum Rem menyertai Gegarvaganza lagi.. Tak menghairankan lah secepat ni dia mengeluarkan single terbaru noh.. Tak apa lah Rem, tak bergelar juara Gegarvaganza pun.. Rezekinya masih ada lagi di luar sana.. Good luck Miss ucapkan untuknya! – Misshana/Utaranews.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s