PAS tak mahu perbuatan Bunuh Diri Dihalalkan demi politik peribadi.

 

3 copy.jpg

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menghalalkan perbuatan membunuh diri dan menjadikan si pelaku sebagai wira penentang kezaliman.

Beliau menegaskan, membunuh diri kerana kecewa adalah perbuatan yang salah bahkan satu janayah dan manusia tiada hak untuk mengambil nyawa sendiri.

“Menentang kezaliman adalah dengan berjuang mengikut kadar masing-masing mengikut lunas-lunas agama dengan hati, lidah dan tenaga serta kuasa. Jika ditakdirkan mati kerana menentang kezaliman dan mempertahankan kehormatan diri, matinya adalah mati syahid.

“Mengambil nyawa sendiri sebagai manifestasi menentang kezaliman jika berlaku adalah tindakan yang salah sama ada salah pada norma kehidupan manusia atau salah dari sudut agama,” katanya.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada tindakan lelaki yang membunuh diri dengan terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang baru-baru ini.

Mohd Sukri Saad, 38 terjun dari jambatan berkenaan kerana kecewa dengan tindakan pihak berkuasa ke atasnya yang didapati bersalah kerana menyeludup rokok tiruan secara haram.

Dalam status terakhirnya di laman facebook yang menjadi viral di media sosial, berkata dia enggan berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya didapati bersalah menjual rokok seludup.

Dia juga menyatakan tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman berkenaan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya berbanding kes jenayah berskala besar lain.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, masyarakat harus bersimpati dengan mereka yang membunuh diri jika ia berlaku kerana kekecewaan lantaran tidak mendapat pembelaan.
Namun katanya, menjadikan peristiwa tersebut sebagai ikon menentang kezaliman adalah salah.

“Lebih-lebih lagi kita bersimpati dengan keluarga mangsa.

“Namun, menjadikan peristiwa tersebut sebagai ikon menentang kezaliman adalah salah. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Jangan pula selepas ini lebih ramai pula khususnya orang politik membunuh diri kerana kecewa terhadap sistem yang zalim. Itu adalah perlakuan orang yang putus asa daripada rahmat Allah,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s