PAN mahu rakyat bangkit lawan kerajaan kerana insiden melayu terjun jambatan.

1 copy.jpg

Tindakan Naib Presiden Amanah, Mujahid Rawa yang mengaitkan insiden terjun jambatan dengan kezaliman serta penindasan kerajaan, dianggap sebagai satu perbuatan yang keterlaluan.

Sebagai seorang pemimpin politik yang dikatakan mempunyai latarbelakang agama, Mujahid sewajarnya menasihati rakyat agar mendahulukan agama dalam semua aspek kehidupan.

Tetapi malangnya, Mujahid lebih cenderung berpolitik menghasut rakyat khususnya umat Islam, agar melihat tindakan membunuh diri yang berdosa besar tersebut sebagai satu perbuatan yang berlandaskan perjuangan.

Didalam Islam sendiri, perbuatan membunuh diri dianggap sebagai satu perbuatan yang sangat tidak diredhai oleh Allah SWT. Malah Rasulullah SAW juga menghalang umatnya membunuh diri.

Mujahid dilihat cuba untuk menangguk di air keruh apabila menjadikan insiden penyokong PAS yang terjun di Jambatan Kedua P.Pinang itu sebagai permulaan kebangkitan rakyat melawan kerajaan.

Ahli Parlimen PAN Parit Buntar itu juga tanpa segan silu menyamakan tindakan lelaki melayu terbabit, dengan seorang Sami Buddha di Vietnam pada tahun 1963 yang membakar diri kerana menentang kerajaan.

Perbuatan pemimpin pembangkang ini jelas bertujuan menghasut rakyat Malaysia khususnya umat Islam agar menimbulkan kekacauan didalam negara dan juga mencetuskan huru hara dikalangan rakyat.

Didalam kenyataannya juga, Mujahid menggesa rakyat bangun menyelamatkan negara yang beliau sifatkan diterajui oleh kelompok elit yang mengamalkan rasuah.

Apakah Mujahid juga bukan dari kalangan kelompok elit tersebut yang hidup bermewah-mewah bersama rumah dan kereta besar menjalar dibumi Malaysia ini?

Jika benarlah perbuatan membunuh diri itu satu perbuatan “wira” seperti yang dikatakan oleh Mujahid, beranikah pemimpin pembangkang terjun jambatan bagi menjadi “wira” kepada rakyat?

Pastinya ramai dikalangan penyokong pembangkang yang akan bangun berjuang melawan kerajaan sekiranya pemimpin mereka berani menggadaikan nyawa dengan terjun jambatan.

Apakata Mujahid menjadi “wira” pertama rakyat? Alangkah bagusnya kalau Mujahid dapat mengajak rakan-rakannya yang lain didalam Pakatan untuk terjun bersama-sama. – Utaranews

One thought on “PAN mahu rakyat bangkit lawan kerajaan kerana insiden melayu terjun jambatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s