Nabil Ahmad Akan Mengarahkan Filem Terbitan Sendiri Tak Lama Lagi

Baru-baru ni pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad hangat diperkatakan selepas kerugian hampir RM200,000 bila kontraknya bersama beberapa produk terpaksa dibatalkan selepas akaun Instagram beliau telah digodam..

Tak cukup kena kecam teruk dengan netizen kerana kontroversi lawak bodoh.. Kini kerugian beratus ribu pulak, gara-gara akaun Instagram digodam.. Macam-macam hal menimpa Nabil noh.. Lepas satu, satu yang jadi..

Terbaru Miss dengar, pengacara Gegar Vaganza 3 ini dikatakan bakal menjadi pengarah filem pulak dah.. Aikks Nabil.. Tak cukup dengan jadi pelawak dan pengacara popular, nak jadi pengarah pulak.. Semakin tamak nampak!

Nabil mengaku yang dia sedang menulis skrip untuk sebuah filem sejak awal tahun ni.. Kononnya skrip tersebut ditulis untuk filem terbaru arahannya, yang dijangka akan diterbitkan dalam masa kurang lima tahun dari sekarang..

Mak aiii! Lamanya mengambil masa nak keluarkan sesebuah filem.. Nabil merendah diri dengan mengatakan, dia masih tak ada pengalaman dalam bidang menulis skrip, itu sebab terpaksa mengambil masa yang lama..

Miss dengar sekarang ni baru ada dalam 10 muka surat.. Nabil sebenarnya dah buat perancangan awal dah.. Dia dah buat perancangan dalam lima tahun akan datang untuk menjadi penerbit dan mengarah filem terbitan sendiri..

Miss harap dia berjaya menghasilkan filemnya sendiri.. Jangan bikin cerita yang mengarut sudah lah.. Cukup-cukuplah dok sajikan cerita yang tak mendatangkan faedah kepada penonton yer!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s