Islam semakin dihina di Malaysia kerana bangsa melayu terpengaruh dengan Liberalisasi.

4 copy.jpg

Bersih 5.0 mendakwa PAS sudah tidak lagi berjaya menarik orang melayu kerana dakwa mereka orang melayu sudah mula menyokong mereka terutama wanita. Berita sedih kepada Islam kalau berita ini betul terlebih lagi perempuan melayu yang dikatakan semakin menyokong Bersih 5 itu.

Bersih hari ini tidak sama seperti Bersih yang menyebabkan 2 pemuda ditembak di Kuala Terengganu dulu. Bersih hari ini bukan berjuang seperti Bersih yang menggagapkan Zainuduin Maidin ketika menjawab soalan dari TV Al Jazira dulu.

Bersih hari ini dimonopoli oleh pejuang LGBT dan liberal dan bersih hari ini cuma mahu Najib letak jawatan bukan mahu membersihkan pilihanraya seperti Bersih dulu. Maka kalau hari ini orang melayu semakin menerima Bersih dan menolak Umno dan PAS, maka berita sedih untuk Islam di bumi Malaysia.

Mengaku atau tidak, satu satunya jemaah Islam yang boleh dikatakan lengkap dan terbesar di Malaysia kini ialah PAS. PAS bukan sahaja parti politik tetapi jemaah Islam yang sepatutnya disertai oleh semua orang Islam. Manakala Umno pula memperjuangkan nasib bangsa melayu. Namun kalau ada orang Islam menolak untuk menyertai PAS dan  Umno sebaliknya mahu jadi liberal, maka sudah tentu Islam akan tercalar dan tercabar.

Di Malaysia, orang melayu umumnya diketahui sebagai entiti terbesar Islam walaupun jumlahnya semakin berkurang kerana murtad, di mana perjalanan murtadnya melayu dimulakan oleh liberal serta banyak kes pula melibatkan gadis melayu yang jatuh cinta dengan pemuda bukan Islam.

Maknanya, Di Malaysia, tugas menjaga agama ialah tugas orang melayu. Oleh itu kalau ada sekumpulan melayu enggan mengambil tugas ini, maka Islam akan kekurangan orang yang menjaganya. Lantaran bagaimana Islam mahu jadi kuat dan memerintah negara?

Di satu zaman, khalifah Islam menghantar satu pasukan tentera untuk menakutkan orang bukan Islam hanya kerana mereka mentertawakan seorang ibu muslim di pasar terbuka. Tapi zaman ini anak gadis Islam begitu mudah dizinai oleh orang bukan Islam malah seorang wanita Islam yang berpendidikan tinggi kononnya turut mudah dipujuk oleh seorang bukan Islam untuk menzinainya.

Di mana maruah kita sebagai orang melayu? PAS sebagai jemaah yang turut berpolitik demi Islam cuba sedaya upaya untuk meletakkan had atau sempadan kepada orang bukan Islam supaya tidak mencerobohi ruangan Islam.

PAS berusaha untuk menyedarkan orang bukan Islam supaya menghormati Islam dan tidak mudah ambil mudah dengan orang Islam, tetapi ada pula seorang Dr. yang lulus dalam ilmu hadis mendakwa hukum yang nak dijalankan mesti turut melibatkan bukan Islam.

Malang sungguh seruan seorang ilmuan Islam ini kerana ianya tidak membantu sebaliknya bakal menimbulkan lebih banyak penentangan dari bukan Islam yang menyukarkan usaha meletakkan had atau sempadan ini.

Individu ini sepatutnya membantu dengan menyatakan apa yang Tuan Guru Hadi Awang pernah sebut dulu bahawa seorang bukan Islam yang ditangkap bersama orang Islam itu, diberi pilihan samada untuk dibicarakan bawah undang undang Islam atau undang undang mereka yakni sivil.

Di sinilah saya melihat tidak bijaknya seorang yang ada PHD dalam ilmu hadis kerana apa yang disebut oleh Presiden PAS itu mengandungi banyak kelebihan berbanding apa yang diseru oleh individu yang berjawatan Doktor berkenaan.

Pertama, kita perlu sedar bahawa zina itu bukan kesalahan kepada bukan Islam yang tertakluk kepada undang undang sivil. Jadi sudah tentu bukan Islam yang ditangkap khawat akan memilih untuk dibicarakan bawah undang undang sivil yang tidak ada kanun yang boleh membicarakannya.

Ini bermakna bukan Islam itu akan bebas dari undang-undang kepada kesalahan khalwat itu tadi. Tapi dalam jangka panjang, undang undang yang melibatkan zina dan perbuatan yang mendekatkan zina mungkin akan dimasukkan juga dalam undang undang sivil kepada kesalahan yang melibatkan Islam dan bukan Islam.

Sementara orang Islam yang ditangkap akan sentiasa dihukum dibawah undang undang Islam yang betul bukan undang undang sekarang yang cukup tidak memberi apa apa kesan kepada pesalah baik yang Islam atau bukan Islam.

Bayangkan satu kes khalwat yang melibatkan pasangan peguam wanita muslim dengan peguam bukan Islam. Yang beragama Islam itu akan dibicarakan oleh mahkamah Syariah seperti biasa tetapi sabit kesalahannya dan dia dihukum sebatan 100 rotan.

Manakala pasangannya pula bebas kerana memilih mahkamah sivil yang tidak ada kanun untuk kesalahannya. Akibatnya pasangan muslimnya sahaja akan dirotan dan dia terlepas. Bukankah kes ini akan memberi pengajaran yang berkesan kepada pasangan pasangan yang lain yang seumpama?

Bukannya persoalan tarbiyah yang telah diabaikan di sini seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, tetapi apa yang lebih penting ialah meletakkan Islam dilandasan yang betul, mempunyai maruah dan harga diri serta tidak mudah lagi dikotak katikkan oleh bukan Islam dalam semua hal dan segi.

Tiada lagi berani dan lancang mengutuk dan memerlekehkan Islam, tiada lagi berani untuk mengorat dan bermain cinta dengan gadis muslim. Dan akhirnya dalam jangka panjang, akan ada undang undang sivil kepada kesalahan yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam, maruah Islam akan terbela dan Islam akan dihormati oleh bukan Islam.

Ingat lah bahawa sekarang ini, Islam dihina sebegitu rupa kerana antara sebabnya ia turut dihina oleh orang melayu/Islam seperti Siti Kassim yang baru-baru ini mempersendakan Pindaan Undang-undang Akta 355 yang cuba dibawa oleh PAS.

Dan jika perkara ini dibiarkan berterusan dan dibiarkan berleluasa dikalangan umat Islam, maka tak mustahil nanti agama kita akan semakin dipandang hina dan diperlekehkan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s