Iran Bertanggungjawab Terhadap Misil Ke Mekah

Seorang pakar ketenteraan Mesir mendakwa, pelancaran pe­luru berpandu balistik ke Mekah pada Khamis tidak mungkin dilakukan pemberontak Syiah Houthi berdasarkan kemampuan terhad kumpulan berkenaan.

Hisham al-Halabi dalam satu kenyataannya kepada portal Al Arabiya berkata, pihak yang bertanggungjawab melancarkan misil itu jelas mempunyai kepakaran teknologi yang tinggi.

Beliau percaya, peluru berpandu ba­listik itu dilancarkan oleh pakar Iran atau kumpulan militia yang setia kepada bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Salleh.

“Kumpulan bertanggungjawab menggunakan peluru berpandu Scud jenis permukaan ke permukaan.

“Tentera Yemen memperoleh bekalan misil itu dari Rusia sebelum kumpulan militia Ali me­rampasnya,” kata Hisham.

Beliau berkata, senjata itu terbahagi kepada beberapa jenis iaitu A hingga D dengan jarak pelancaran antara 180 hingga le­bih 300 kilometer bagi setiap jenis.

Tambahnya, senjata itu juga berbeza dari segi ketepatan, tahap kelajuan serta jarak yang boleh dicapai bagi setiap pelancaran.

Hisham berkata, bekas Pre­siden Iraq, Saddam Hussein juga pernah menggunakan salah satu daripada senjata-senjata tersebut ketika Perang Teluk serta semasa berperang dengan Iraq selain pernah dibangunkan oleh Korea Utara.

Hisham bagaimanapun percaya peluru berpandu balistik itu tidak akan menggusarkan Arab Saudi kerana negara ini memiliki keupayaan sistem pertahanan yang lebih canggih.

Dalam kejadian malam Khamis lalu, cubaan serangan ke Mekah digagalkan oleh Arab Saudi yang berjaya memintas peluru berpandu berkenaan.

Menurut portal Arab News yang memetik kenyataan tentera perikatan diketuai Arab Saudi, peluru berpandu balistik itu berjaya dimusnahkan kira-kira 65 kilome­ter dari Mekah tanpa mengakibatkan kecederaan kepada orang ramai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s