Guan Eng cuba hasut Sarawak supaya keluar dari Malaysia.

Huan_Cheng_Guan.transformed.jpg

Satu laporan Polis telah dibuat oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan terhadap Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng di Balai Polis Prai sebentar tadi.

Didalam laporan berkenaan, Huan mahu pihak Polis menyiasat Guan Eng diatas cubaan menghasut rakyat dan juga cuba menimbulkan huru hara didalam negara.

Ia berikutan satu ucapan Ketua Menteri berkenaan didalam sebuah portal berita pro pembangkang, yang mahu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem keluar dari Barisan Nasional.

Guan Eng juga turut menyeru semua parti politik di Sarawak agar meninggalkan kerjasama dengan kerajaan pusat sekiranya Perdana Menteri gagal memenuhi hasrat autonomi Sarawak.

Menurut Huan, kenyataan yang dibuat oleh Guan Eng adalah sangat merbahaya dan juga berniat jahat terhadap kesepakatan diantara Sarawak dan juga Semenanjung.

Huan menganggap, kenyataan Ketua Menteri P.Pinang itu boleh didefinasikan sebagai mahu Sarawak keluar dari Malaysia dan cuba mempengaruhi minda rakyat di Sarawak.

Atas sebab-sebab keselamatan didalam negara, Huan menggesa agar pihak-pihak terbabit tidak memandang ringan terhadap cubaan menghasut yang dilakukan oleh Guan Eng.

Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dijadualkan berlepas ke Sarawak sempena Majlis Ulangtahun DAP Sarawak yang ke 18. Bagaimanapun beliau gagal hadir diatas alasan penerbangan ditangguhkan. – Utaranews.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s