Hutan semulajadi akan pupus dibawah pemerintahan Lim Guan Eng

9 copy.jpg

Penang Forum (PF) hari ini, mendedahkan keluasan kawasan hutan semula jadi di negeri itu semakin berkurangan iaitu 7.4 peratus daripada keseluruhan Pulau Pinang.

Ahli PF, Datuk Dr Shahrom Ahmat, mendakwa keadaan itu berpunca daripada aktiviti pembangunan tidak terancang dan penarahan bukit secara berleluasa yang dikatakan gagal diselia oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Beliau mendakwa, PF mendapati hanya enam peratus daripada keseluruhan kawasan hutan di negeri itu dikategorikan sebagai hutan masih terlindung.

“Kawasan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan air bagi menampung keperluan rakyat, selain menjadi ejen semula jadi untuk mengelak hakisan tanah.

“Ia antara lain muncul sebagai tabung genetik pelbagai spesies flora dan fauna. “Penyusutan peratusan hutan ini akan menjadi kerugian besar kepada rakyat negeri ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, PF melancarkan Laman Pemantauan Bukit-Bukau Pulau Pinang bagi menggabungkan laporan dan pemetaan keluasan serta skala kawasan hutan secara terperinci negeri ini secara berterusan.

Sebelum ini, Ahli Majlis Bandaraya P.Pinang Lim Mah Hui mendedahkan, penerokaan haram keatas hutan dan tanah bukit oleh pemaju kini berada ditahap yang sangat serius dan perlu dibendung oleh pihak berwajib.

Ujar Lim, pembinaan bangunan serta penempatan berlebihan dikawasan tanah serta lereng bukit juga akan mengancam pembangunan mampan dan merugikan semua pihak dalam jangka masa panjang.

Menurut Lim lagi, P.Pinang kini tidak lagi bersih dan hijau seperti yang didakwa oleh kerajaan DAP dan Lim Guan Eng, sebaliknya lebih teruk dari dahulu akibat pencerobohan hutan serta penerokaan tanah bukit yang rakus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s