Dewan Pemuda PAS anggap Guan Eng ‘sembang kencang’ tangani banjir.

2 copy.jpg

Didalam satu kenyataan melalui laman sosial facebooknya, Dewan Pemuda PAS P.Pinang semalam menempelak kerajaan DAP negeri kerana gagal mengatasi masalah banjir di negeri itu.

Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng juga turut dikecam kerana hanya tahu berjanji kepada rakyat negeri ini bagi menyelesaikan masalah banjir, tetapi masalah yang sama masih berulang dan makin teruk dari hari ke hari.

Guan Eng juga disifatkan sebagai ‘sembang kencang’ kerana sebelum ini berlagak mahu menyelesaikan isu banjir di Pahang, hanya dalam tempoh satu penggal jika Pakatan memerintah negeri berkenaan.

Hakikatnya, Guan Eng langsung tak mampu menyelesaikan masalah di negeri yang ditadbir oleh DAP itu biarpun sudah 8 tahun diamanahkan oleh rakyat P.Pinang.

Guan Eng dan DAP kini sudah tidak lagi mampu menyembunyikan kesan-kesan buruk, hasil penjajahan mereka di P.Pinang yang mereka cuba sorokkan dari rakyat.

Hasil kerakusan dan keghairahan Guan Eng dan kerajaan DAP meneroka serta ‘merompak’ tanah negeri, kini rakyat negeri ini terpaksa menerima akibat serta kesannya.

Selain dari manipulasi politik didalam projek-projek kerajaan tempatan serta aset-aset negeri, DAP dan Guan Eng juga dilihat sangat bersifat perkauman dan mengutamakan kroni sendiri selama 8 tahun memerintah.

Seluruh negara sudah sedia maklum tentang nasib bangsa melayu dibawah pemerintahan DAP dan Lim Guan Eng. Siapa yang lupa bagaimana kampung-kampung melayu dijajah satu persatu oleh kerajaan DAP?

Siapa yang tak tahu bagaimana cerita peniaga-peniaga kecil melayu yang terpaksa ‘berperang’ dengan penguatkuasa agensi negeri hanya semata-mata mahu mencari sesuap nasi?

Jika dahulu bangsa melayu menjadi penduduk awal negeri ini di zaman kolonial British, kini bangsa melayu makin merempat dan diusir secara halus oleh regim baru berlambangkan roket.

Pelbagai slogan indah yang ditaburkan oleh Guan Emg dan DAP selama ini semakin terhidu pekungnya. Janji hipokrit serta palsu yang diwar-warkan sebelum ini semakin terbongkar.

Kini Pemuda PAS P.Pinang sudah menyedari betapa munafiknya seorang kafir yang bertopengkan imej Khalifah Umar Abdul Aziz. Diharap selepas ini makin ramai yang mula buka mata. – Utaranews.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s