Bersih 5 hanya mahu huru-harakan negara.

bersih

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan mahu rakyat menyedari bahawa demonstrasi Bersih lebih gemar untuk melihat keadaan ekonomi negara menjadi huru-hara bagi memberi persepsi buruk kepada imej kerajaan sehingga boleh memudaratkan rakyat.

Beliau berharap agar orang ramai bersama-sama memainkan tanggungjawab untuk menilai sama ada demonstrasi Bersih itu mampu membantu meningkatkan ekonomi rakyat dan negara.

Rakyat diingatkan agar mengutamakan kepentingan ekonomi negara dengan menolak penganjuran demonstrasi Bersih yang disifatkan boleh menggugat serta melemahkan kestabilan ekonomi.

“Saya merayu kepada rakyat agar soal kepentingan ekonomi negara perlu mendahului kepen­tingan mana-mana pihak kerana Bersih ini tidak akan berhenti sela­gi mereka tidak melihat ekonomi negara huru-hara dan sekiranya ini berlaku, mereka (Bersih) yang akan meraih kepentingan politik sebaliknya rakyat pula yang akan menderita.

“Oleh itu, dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar ketika ini, sebarang gerakan dalam negara yang boleh menimbulkan kebimbangan khususnya kepada para pelabur perlu dielakkan kerana sebarang perhimpunan hanya akan membuatkan pelabur berfikir dua kali untuk melabur di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Abdul Rahman mengingatkan mana-mana syarikat atau individu yang dikesan menaja, membiayai serta membantu siri demonstrasi Bersih akan disenarai hitam serta-merta daripada mendapat sebarang kontrak kerajaan.

Malah, beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti syarikat-syarikat yang menaja demonstrasi Bersih dan akan menyenarai hitamkan daripada mendapat kontrak kerajaan.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman turut menyifatkan penganjuran demonstrasi Bersih telah jauh menyimpang daripada matlamat asal penubuhan mereka.

“Pada saya Bersih sudah melencong jauh daripada asas awal penubuhan mereka iaitu untuk memperjuangkan perubahan dalam proses pilihan raya kerana mereka dilihat telah rela dipergunakan oleh pihak pembangkang,” tegasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s