1000 penduduk terjejas kerana kegagalan Guan Eng atasi banjir di P.Pinang.

222.jpg

Kerajaan DAP Pulau Pinang ditempelak selepas seolah-olah menyalahkan Kerajaan Pusat ekoran kejadian banjir kilat buruk yang melanda negeri ini semalam.

Yang Dipertua Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang (Gpem), Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, kerajaan negeri sepatutnya melihat kelemahan dan kegagalan sendiri sehingga menyebabkan bencana banjir kilat berlaku terlalu kerap ketika ini.

Menurut beliau, kerajaan ne­geri tidak boleh menafikan bencana banjir kilat turut berpunca daripada sistem pengairan dan saliran yang terjejas ekoran kelulusan projek pembangunan tanpa kawalan.

“Banyak projek baharu diluluskan di kawasan-kawasan yang sudah terlalu padat dengan penduduk sekali gus mengganggu sistem saliran dan pengairan.

“Kawasan-kawasan berisiko seperti cerun bukit juga ditarah menyebabkan air hujan melimpah dengan cepat. Adakah ini juga kesalahan kerajaan Pusat?” katanya kepada Utusan.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow hari ini yang menyalahkan Kerajaan Pusat kerana kononnya tidak meluluskan peruntukan bagi projek tebatan banjir sehingga menyebabkan bencana banjir kilat terus berulang.

Dalam kejadian terbaharu semalam, lebih 1,000 penduduk terjejas selepas banjir kilat melanda sebahagian besar kawasan pinggir bandar ekoran hujan lebat kira-kira tiga jam.

Meskipun tiada kemalangan jiwa, namun bencana itu yang sebelum ini sudah terlalu kerap berlaku menjejaskan penduduk yang mengalami kerosakan serta kerugian harta benda.

Dalam pada itu, Mohd. Rizuad turut melahirkan rasa kecewa de­ngan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat terus bermain politik dalam isu banjir berkenaan.

Menurutnya, kerajaan negeri sudah mentadbir negeri ini hampir lapan tahun dan sepatutnya sudah boleh merangka penyelesaian bagi mengatasi banjir tersebut.

“Tetapi malangnya hari ini mereka mengambil jalan mudah menyalahkan Kerajaan Pusat dan berharap pihak lain menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s