Super KIP Duduki Tempat Ke-8 Di GP Malaysia

Francesco Bagnaia daripada pasukan Pull Bear Aspar Mahindra muncul juara kelas Moto3 di Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini.

Penunggang Itali itu mencatat 29 minit 29.351 saat selepas perlumbaan tersebut dihentikan berikutan bendera merah dikibarkan ketika berbaki lima pusingan akibat kemalangan.

Jakub Kornfeil yang mewakili Drive M7 SIC Racing menduduki tempat kedua selepas ketinggalan 7.108 saat manakala penunggang Red Bull KTM Ajo, Bo Bendsneyder mendapat tempat ketiga, 7.253s di belakang pemenang.

Penunggang negara, Khairul Idham Pawi daripada Honda Team Asia menduduki tempat kelapan, Amirul Hafiq Azmi (Peugeot MC Saxoprint) di posisi ke-11 manakala Adam Norrodin (Drive M7 SIC Racing) pula gagal menamatkan perlumbaan. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s