Sekolah Menengah Terbakar, Rugi Hampir RM300,000

Sebuah dewan sekolah menengah dua tingkat di sini musnah bahagian atasnya dalam satu kebakaran..

Dewan Teresian, Sekolah Menengah Kebangsaan St Teresa itu yang sedang dinaik taraf bahagian siling dan bumbung turut menempatkan buku teks, PA sistem serta kerusi dan meja baharu bernilai RM200,000 yang disumbangkan oleh bekas pelajar sekolah berkenaan.

Pengetua SMK St Teresa, Mary John berkata sebelum ini pihaknya juga turut menempatkan kertas Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di dewan tersebut, bagaimanapun kertas peperiksaan itu telah dipindahkan berikutan kerja-kerja naik taraf tersebut.

“Kami anggarkan kerugian keseluruhan RM300,000” katanya ketika ditemui.

Mary berkata bahagian bawah dewan tersebut merupakan bilik kakitangan namun dapat diselamatkan.

Tinjauan di lokasi kebakaran mendapati anggota bomba berdepan dengan tugas mencabar apabila runtuhan akibat kebakaran jatuh dan hampir mengenai anggota bomba.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan sebelum sepasukan 40 anggota dari tiga balai Kuching, Petra Jaya dan Batu Lintang digerakkan ke sekolah tersebut.

Katanya jentera pertama tiba kira-kira tujuh minit kemudian mendapati bahagian atas dewan tersebut sudah musnah terbakar 50 peratus.

“Kami berjaya kawal kebakaran dari merebak ke bangunan sebelah dan bahagian bawah dewan (bilik kakitangan) dalam tempoh 20 minit,” katanya..

Ling Hii berkata, operasi pemadaman menggunakan dua aliran, empat nozel serta dua ‘dividing breeching’ dan sumber air pili bomba dan ‘Prime Mover Water Tanker’.

“Terdapat ‘fireload’ jenis kerusi plastik dan set sofa di dalam premis yang menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat,” katanya.

Beliau berkata ketika ini kerja pemadaman peringkat ‘overhaul’ masih dijalankan. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s